Noryn Aziz Lancar Delima Bella & Wanita Humanskin

Noryn Aziz Lancar Delima Bella & Wanita Humanskin

Noryn Aziz Lancar Delima Bella & Wanita Humanskin



KUALA LUMPUR, 5 JUN 2014: Lagi tiga bulan penyanyi jazz, Noryn Aziz bakal bergelar ibu. Namun Noryn terlebih dahulu melahirkan "baby" yang sememangnya diimpikan setelah sekian lama.

"Baby" yang dimaksudkan adalah produk makanan kesihatan Noryn, Delima Bella yang dihasilkan dari ekstrak buah delima yang diketahui memiliki khasiat yang tinggi.

Bukan itu sahaja, Noryn turut melancarkan jenama pakaian sendiri iaitu Wanita Humanskin. Jenama ini adalah koleksi busana jubah yang sesuai digayakan untuk ke majlis-majlis berbuka puasa atau menjelang Syawal.

Sudah terang lagi bersuluh, semestinya Noryn akan sibuk dengan kedua-dua produknya itu. Biarpun dua jenama yang berbeza tetapi itu yang ingin Noryn berkongsi dengan masyarakat.

"Saya memang ingin lakukan banyak perkara sampaikan tidak terjangkau dek akal. Produk Delima Bella ini tercetus apabila saya mendapat tahu saya mengandung. Sebelum mengandung saya memang ambil pelbagai makanan tambahan untuk berusaha supaya mengandung.

"Maklumlah saya mencuba untuk mendapat anak selama empat tahun. Alhamdulillah atas bantuan rakan-rakan dan usaha saya juga, akhirnya saya mengandung. Semasa tempoh mengandung saya risau tentang kesihatan bayi dalam kandungan dan diri saya juga.

"Kemudian saya mencuba Delima Bella dan pembuatannya juga bagus. Disebabkan itu saya mahu berkongsi dengan masyarakat tentang kebaikan produk ini," katanya.

Beralih kepada jenama Wanita Humanskin, ia adalah hasil kerjasama bersama Raja Shahirah (anak tiri Noryn).

"Saya memang sukakan fesyen namun tiada kepakaran terutama dalam pemilihan kain, material dan sebagainya. Jadi bila ada Shahirah sebagai pereka utama label ini, impian saya menjadi kenyataan".

Jika dilihat, Noryn amat memilih dalam membuat persembahan pentas. Disebabkan itu juga jarang melihat dia di majlis tertentu.

"Saya memang perlahankan aktiviti seni saya terutama dalam keadaan sekarang. Selain dari itu dengan personaliti saya ini saya perlu memilih dalam membuat persembahan. Saya rasa anda faham maksud saya. Tetapi Alhamdulillah rezeki tidak pernah putus".


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers