Samsung Lancar Samsung Curved UHD TV

Samsung Lancar Samsung Curved UHD TV
Lee ( kiri) menunjukkan Samsung Curved UHD TV pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.

Samsung Lancar Samsung Curved UHD TV


Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd terus agresif mengekalkan kedudukannya dalam segmen televisyen keupayaan definisi ultra-tinggi (UHD), menerusi pelancaran produk terbarunya, Samsung Curved UHD TV.

Teraju inovasi, reka bentuk 


Presidennya, Lee Dong Yong, berkata pelancaran televisyen melengkung dengan teknologi UHD itu antara usaha berterusan Samsung dalam menerajui inovasi dan reka bentuk terkini dalam segmen televisyen tempatan.

Katanya, tahun lalu, pada peringkat global Samsung mencatatkan jualan sebanyak 1.9 juta unit televisyen UHD dan tahun ini ia dijangkakan meningkat kepada enam juta unit didorong oleh pelancaran produk baru dalam segmen itu.

“Kami yakin tahun ini adalah tahun utama untuk industri hiburan termasuk penganjuran Piala Dunia. Justeru, pelancaran Samsung Curved UHD TV bakal mengubah cara pengguna menonton televisyen.

“Matlamat utama kami adalah untuk memberikan pelanggan Samsung kelebihan untuk meneroka pengalaman baru menonton televisyen, manakala Samsung pada masa sama mengekalkan penguasaan pasaran kami dalam segmen televisyen UHD,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Samsung Curved UHD TV di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Audio Visual (AV) Unit Perniagaan AV Samsung Malaysia, Jason Foo Hsiang Hian.
Pada majlis sama, Samsung turut melancarkan teknologi bersepadu tanpa wayar dan pelbagai ruang termasuk Samsung Wireless Audio - Multiroom System, Soundbar, SoundStand dan Blu-ray Home Entertainment System.

Beliau berkata, dengan pelancaran Samsung Curved UHD TV itu, ia akan memberikan pengguna dengan pengalaman menonton yang lebih menarik berbanding skrin rata, serta sudut tontonan panorama yang lebih luas.

Katanya, ia juga memberikan kualiti gambar yang jelas kerana ia memiliki resolusi empat kali ganda melebihi definisi tinggi (HD) penuh.

Samsung Curved UHD TV berukuran 65 inci itu dijual pada harga RM21,999 yang boleh didapati di pasaran bermula akhir bulan ini di rangkaian Samsung dan pengedar sah yang terpilih.

Sementara itu, Jason berkata, Samsung dijangka melancarkan lebih lima lagi rangkaian televisyen UHD tahun ini bagi memenuhi keperluan pelanggannya dari segmen pertengahan dan ke atas.

Katanya, Samsung Malaysia dijangka mengekalkan penguasaannya dalam segmen televisyen terutama UHD kerana keupayaannya menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik dan inovatif.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers