55 pemilik baru Galaxy S5 terima kejutan

55 pemilik baru Galaxy S5 terima kejutan
PENAMPILAN istimewa selebriti tempatan (dari kiri) Diana Danielle, Nabilah Huda dan Wadinah Safiyah bersama Ketua Pemasaran Peranti, Celcom Axiata Bhd, Noora Mat Rifin dan Lee Dong Yong, Presiden Samsung Malaysia Electronics sempena pelancaran Samsung GALAXY S5 di Celcom Blue Cube, pusat beli-belah Sunway Pyramid, petang ini. Mereka bersama pelanggan setia Samsung, Abdul Hamid bin Husin, pesara berumur 62 tahun yang mula berbaris seawal 6.30 pagi di Celcom Blue Cube bagi mendapatkan gajet terbaru keluaran Samsung itu.

55 pemilik baru Galaxy S5 terima kejutan


SAMSUNG Malaysia Electronics yang dikenali ramai sebagai satu jenama yang gemar memberikan hadiah istimewa kepada pelanggan setia mereka.

Justeru, bersempena pelancaran Samsung GALAXY S5 di lima lokasi terpilih sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang, 55 pemilik baru Galaxy S5 telah menikmati pemberian istimewa bernilai RM200 dari firma gergasi elektronik Korea Selatan itu.

Mereka yang terpilih adalah golongan pembeli pertama gajet terbaharu berkenaan pada majlis pelancaran yang diadakan di Celcom Blue Cube dan DiGi Concept Store di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Maxis Centre di Suria KLCC dan Samsung Experience Store di The Gardens Mall, serta Gurnet Paragorn Mall, di Pulau Pinang.

“Ini sebagai menghargai pelanggan setia kami yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Samsung selama ini," kata Pengerusi Samsung Malaysia Electronics, Lee Dong Yong ketika ditemui di majlis pelancaran di Celcom Blue Cube, petang ini.

“Kami sengaja memilih 55 orang pelanggan bertuah untuk menikmati hadiah-hadiah istimewa hari ini. Jumlah ini mewakili lima tunjang utama gajet terbaharu kami, GALAXY S5 iaitu kegembiraan, kecergasan, kehidupan, kepantasan dan gaya tersendiri”.

Meskipun waktu penjualan hanya bermula 8 pagi di setiap lokasi, keterujaan pelanggan untuk menjadi golongan pertama memiliki gajet berkenaan di dalam negara ini terserlah apabila ada di antara mereka yang tiba seawal jam 6.30 pagi dan sanggup beratur panjang, sekali gus menunjukkan kesetiaan dan dedikasi mereka kepada jenama Samsung.

Sementara itu, bermula 11 April 2014, GALAXY S5 dan dua gajet terbaharu lain iaitu Gear 2 dan Gear Fit boleh didapati secara eksklusif di semua gedung Samsung Experience Store dan gedung rakan telekomunikasi Samsung, iaitu Celcom, DiGi dan Maxis di seluruh negara.
Penjualan secara meluas pula hanya akan bermula pada penghujung April ini.

GALAXY S5 dijual pada harga RM2,399, sementara Gear 2 dan Gear Fit masing-masing berharga RM899 dan RM599.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers