Anugerah Lawak Warna Kembali Untuk Penganjuran Tahun Kedua

Anugerah Lawak Warna Kembali Untuk Penganjuran Tahun Kedua

Anugerah Lawak Warna Kembali Untuk Penganjuran Tahun Kedua


KUALA LUMPUR, 20 JUN 2014: Astro Warna merupakan saluran komedi pertama di Malaysia yang begitu sinonim dengan program-program komedi dan lawak jenaka.

Terbaru, Astro Warna hadir dengan inisitif penganjuran Anugerah Lawak Warna untuk tahun kedua yang dijangka berlangsung  di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 15 Ogos 2014 dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika. Anugerah Lawak Warna merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak.

Istimewanya, majlis anugerah ini bakal menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Menerusi 20 kategori yang dipertandingkan, sebanyak 16 kategori bakal diadili menerusi sistem penjurian profesional manakala tiga kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.

Di samping itu, satu kategori anugerah khas juri bakal diberikan oleh jawatan kuasa penganjur kepada individu ataupun produksi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap industri Televisyen & Filem Komedi.

Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, kejayaan menganjurkan Anugerah Lawak Warna buat julung kalinya pada tahun lalu memberi inspirasi kepada kami untuk meneruskan majlis pengiktirafan yang berprestij ini untuk tahun yang kedua.

"Kami amat percaya bahawa majlis Anugerah Lawak Warna amat dinantikan oleh pemain komedi di negara ini sebagai mengiktiraf hasil kerja keras mereka sepanjang tahun lalu.

"Kami turut percaya bahawa acara ini nanti bukan sekadar menjadi sebuah majlis anugerah semata-mata, tetapi bakal mencetuskan sekali lagi fenomena di televisyen dengan memaparkan kelainan seperti pengisian acara, kategori yang dipertandingkan dan himpunan terbesar artis komedi yang ada di negara ini sama ada yang terbaru, mahupun para ‘otai’ yang kini sudah dianggap lagenda bidang lawak di Malaysia

"Dengan ini, kami berbesar hati mengalu-alukan sekali lagi semua stesen televisyen dan syarikat produksi filem yang layak untuk mencalonkan karya seni mereka untuk dinilai dan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

"Kami komited memperjuangkan kerja keras artis dan karya komedi untuk mendapat pengiktirafan yang setara dengan bidang seni lain, bersesuaian dengan usaha dan pengorbanan mereka selama ini. Setiap penyertaan dijanjikan dengan ketelusan dalam penjurian yang akan dilakukan oleh barisan juri profesional yang dilantik," katanya kepada MURAI.

Pada penganjuran Anugerah Lawak Warna kali pertama tahun lalu, Filem Istanbul Aku Datang mengungguli Anugerah Lawak Warna yang diadakan di Istana Budaya. Daripada 16 kategori yang dipertandingkan, Istanbul Aku Datang meraih empat kategori iaitu Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani), Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly).

Sebarang perkembangan terkini berkenaan Anugerah Lawak Warna akan diumumkan pada sidang media yang akan datang. Teruskan menonton pelbagai program terbaik di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers