Miss Propa Ganti Tempat Neelofa Dalam Iklan Meletop
Dalam sedang hangat menanti tibanya Anugerah Meletop Era yang akan bersiaran pada 8 Februari nanti, Miss Propa terdetik untuk membuat Proparodi untuk iklan program Meletop yang menjadi bualan hangat.
Macam mana hebat tak aksi Miss Propa? Adakah sehebat Neelofa?
Tapi Miss Propa harap pengacara wanita program itu, Neelofa tak naik hantu apabila Miss Propa cuba menggantikan tempatnya dalam iklan berkenaan yang sememangnya meletop bedebam bedebom, gitu.
Semuanya Miss Propa menggunakan teknik komputer grafik yang boleh tampal dan bergerak seperti asli. Hebat tak?
Bukannya apa, tujuan Miss Propa hanyalah untuk mempromosikan Anugerah Meletop Era supaya peminat tidak lupa mengundi artis kegemaran masing-masing menerusi kategori yang dipertandingkan. Betul tak?
Lagipun minggu lalu, senarai lima teratas anugerah berkenaan sudahpun diumumkan. Jadi hanya tinggal beberapa hari saja lagi masa untuk peminat untuk mengundi supaya tidak terjadi kes menggigit jari apabila artis kesayangan mereka kalah.
Tambahan lagi, Miss Propa rasa syok pula bila dapat mengambil tempat Neelofa dalam iklan komersial berkenaan. Rasa cantik lagi cun melecun macam Neelofa pula.
Eee…Propalah!
mcm tu pn boleh.
ReplyDeletehmm tu yg heran tu hehehe
Delete