Ning Nafi Sokong Hubungan Songsang, Harap Mv Tidak Disensasikan

Ning Nafi Sokong Hubungan Songsang, Harap Mv Tidak Disensasikan

Ning Nafi Sokong Hubungan Songsang, Harap Mv Tidak Disensasikan

Meskipun muzik video terbarunya iaitu lagu Bukan Wanita Sempurna telah mendapat sambutan yang baik daripada peminat apabila mencecah 10,000 penonton di laman Youtube dalam masa 3 hari, namun penyanyi, Ning Baizura akui tetap bimbang dengan penerimaan khalayak terhadap klipnya yang agak daring.

Ning berkata walaupun menerima komen-komen positif daripada penonton tetapi ada juga pihak yang merasakan muzik videonya agak melampau dan sukar untuk diterima.

"Masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju.

"Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuatkan saya sangat bimbang ketika itu.

"Tapi, saya lakukan kerana ingin lebih berani menonjolkan kelainan dan yang paling penting bukan hubungan songsang itu yang hendak kami ketengahkan tetapi mesej positif yang tersirat yang hendak disampaikan itu,"katanya kepada murai.com.my

Ning ditemui dalam satu sidang media Chit Chat Bersama Ning Baizura yang diadakan di pejabat Universal Music Sdn Bhd di Petaling Jaya.

Selain memaparkan hubungan songsang seorang suami yang berlaku curang dengan isterinya yang dilakonkan oleh Ning, muzik video itu turut mempersembahkan aksi ghairah seorang lelaki yang menampakkan tubuhnya yang berotot.

Bagaimanapun, Ning menegaskan kisah di dalam klip itu tiada kene mengenai dengan kehidupan sebenarnya dan turut berharap khalayak tidak menuduh dia dan pihak Universal Music sengaja menyokong hubungan songsang dalam klip itu.

"Ini bukan kisah sebenar saya dan tiada kene mengena dengan hubungan saya dengan suami. Ini hanya drama yang sengaja dibangkitkan dalam video klip saya.

"Namun, suami saya juga amat memahami dan dia tahu saya tidak akan mencampur adukan hal rumahtangga dan kerja.

"Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan," jelasnya lagi.

Bukan Wanita Sempurna dicipta oleh komposer Indonesia, Ade Govinda yang sebelum ini pernah mencipya lagu penyanyi Astrid iaitu Tentang Rasa.

Selain mengguna khidmat pengarah video dari Indonesia, Zul Ardhia, video klip ini juga telah menjalani penggambaran sepenuhnya di negara jiran itu pada tiga bulan lalu.

Lagu Bukan Wanita Sempurna turut dimuatkan di dalam album terbaru Ning yang berjudul Kekal yang kesemuanya terdapat 11 buah lagu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers