Isu Plagiarism: Kemenangan Accepted Di Yahoo-mas Cili Padi Awards Dibatalkan

Isu Plagiarism: Kemenangan Accepted Di Yahoo-mas Cili Padi Awards Dibatalkan


Isu Plagiarism: Kemenangan Accepted Di Yahoo-mas Cili Padi Awards Dibatalkan
Isu Plagiarism: Kemenangan Accepted Di Yahoo-mas Cili Padi Awards Dibatalkan

Ilham daripada klip video muzik The Scientist, lagu yang dipopularkan oleh kumpulan rock asalan Britain, Coldplay telah membawa tuah dan melayakkan Mohd Redha, 21 membawa pulang wang tunai berjumlah RM 20,000 pada Yahoo-MAS Cili Padi Awards 2013, Selasa, semalam.

Penuntut dalam jurusan Kejuteraan Mekanikal daripada Universiti Teknologi Petronas itu mempertaruhkan karya yang berjudul Accepted, iaitu video berdurasi 3 minit yang telah menewaskan 9 video lain dalam pertandingan yang julung kali dianjurkan Yahoo! Malaysia bersama Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Namun begitu kemenangan Accepted telah dibatalkan penganjur melalui kenyataan daripada pihak Yahoo! Malaysia beberapa jam selepas pemenang diumumkan di TGV Cinemas One Utama. Ini berikutan terdapat elemen ciplak di dalam video berkonsepkan reverse plot tersebut.

Sebuah video bertajuk One Step Forward telah dimuatnaik di laman Vimeo pada dua tahun lalu telah dikenalpasti mempunyai jalan cerita yang sama dengan Accepted.

Accepted menampilkan seorang anak muda yang teruja dan gembira setelah lamarannya diterima teman wanitanya dan menterjemahkan ke dalam video yang dimulakan secara reverse itu.

Walaupun pada awalnya Mohd Redha berkata inspirasi telah hadir daripada The Scientist namun begitu dia mengakui ada menonton One Step Forward yang telah ditayangkan dua tahun lebih awal.

Menurut sumber, pihak Mohd Redha dan rakan Nor Fatin Adibah akur dengan keputusan penganjur membatalkan penyertaan mereka sekaligus menobatkan Sly dan Tiger masing-masing juara dan naib juara dan tempat ketiga diberikan kepada video berjudul Life oleh Dan Khoo.

Kedua sahabat ini jujur memberitahu bahawa pernah melihat video One Step Forward sebelum ini dan sekadar mengambil inspirasi daripada video tersebut. Ketika ditemui pada majlis tersebut, mereka membertahu media bahawa penyertaan mereka kali adalah yang kedua dan masih baru dalam bidang penghasilan video.

Majlis penyerahan anugerah bagi Yahoo-MAS Cili Padi Awards 2013 itu turut dihadiri para panel juri terdiri daripada aktres terkenal Sharifah Amani, Johan Lucas dari KRU, Marc Lourdes mewakili Yahoo! Malaysia dan Maria Lorenzo untuk pihak TGV Cinemas.

iskandarX: Yahoo! memang dengki dengan Melayu, so tak payah heran ok?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers