Fasha Sandha Dedah Cerita Seram Mengenai Penanggal

Fasha Sandha Dedah Cerita Seram Mengenai Penanggal


Fasha Sandha Dedah Cerita Seram Mengenai Penanggal
Fasha Sandha Dedah Cerita Seram Mengenai Penanggal

Mengikut tradisi dan cakap-cakap orang Melayu, penanggal ialah sejenis makhluk belaan yang dibela untuk memberi manfaat kepada tuannya (kebiasaannya perempuan) sama ada dalam bentuk kecantikan, harta dan sebagainya.

Makhluk ini perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah wanita yang baru bersalin. Selain itu hantu Penanggalan tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu Penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Begitulah sedikit sebanyak info tentang hantu penanggal yang sememangnya terkenal dalam masyarakat Malaysia. Untuk mengetahui perkara lanjut tentang makhluk ini, anda perlu menonton MeleTOP malam ini di mana salah seorang pelakon utama filem Penanggal yang akan ditayangkan pada 28 November ini, Fasha Sandha hadir sebagai tetamu jemputan.

Sudah tentu banyak perkara menarik yang akan dikongsikan oleh aktres ini mengenai filem seram arahan Ellie Suriati itu. Selain Fasha, antara pelakon-pelakon hebat yang turut membintangi filem arahan Ellie Suriati ini ialah Azri Iskandar, Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Dato’ Sharifah Aini dan ramai lagi.

MeleTOP yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa malam ini juga akan turut menampilkan pasangan dari telefilem Oh My Ganu! iaitu Tiz Zaqyah dan Izzue Islam. Apa pula yang akan dikongsikan oleh aktres jelita Tiz Zaqyah ini kerana umum mengetahui, Tiz Zaqyah bukanlah orang Terengganu. Sudah tentu dia mempunyai sedikit kesukaran untuk berdialek Terengganu juga dibandingkan dengan Izzue Islam yang merupakan orang Kelantan.

Lebih menarik, malam ini MeleTOP juga berbesar hati membawakan anda penyanyi cantik dari Indonesia, Dato` Rossa yang kini sibuk dengan persiapan Konsert Destini 2013 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Selain itu, Rossa turut akan menyampaikan lagu ‘Tegar’ secara akustik khas buat para penonton program MeleTOP!

Kesemua barisan tetamu jemputan ini dapat anda saksikan dalam MeleTOP yang akan bersiaran malam ini di Astro Ria (104) dan Maya HD (135) jam 10 malam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers