Airasia Terbangkan Tomok Ke Siem Reap Demi Destinasi Ria
Airasia Terbangkan Tomok Ke Siem Reap Demi Destinasi Ria |
Memasuki dua bulan yang terakhir di dalam kalendar Gregorian, November yang akan berganti Disember tidak lama lagi, pastinya ramai yang telah berkira-kira untuk menghadiahkan diri sendiri dengan ganjaran setelah hampir setahun bekerja keras mencari rezeki.
Portal Murai ingin mencadangkan pembaca setia yang mungkin belum merencanakan waktu istirehat hujung tahun ini untuk pergi bercuti!
Pada mereka yang mengikuti Instagram @Gengmurai pasti telah mengetahui pemergian wakil portal Murai ke satu tempat istimewa demi sebuah program televisyen terbaru Astro iaitu Destinasi Ria.
Diterbangkan khas oleh syarikat penerbangan murah terbaik dunia yang merupakan penaja utama rancangan Destinasi Ria, AirAsia mengajak anda berlibur sambil menjelajah destinasi baru bersama selebriti undangan kali ini iaitu Tomok dan isterinya, Ayu.
Gengmurai yang turut mengikuti rakaman program travelog ini ke Siem Reap, Kemboja, ingin berkongsi foto eksklusif Tomok dan Ayu ketika mereka mengembara ke Angkor Wat, salah satu daripada 7 keajaiban di dunia yang terletak di kota pelancongan utama negera tersebut.
Perjalanan hanya memakan masa kurang daripada 2 jam daripada terminal LCC ke Siem Reap dan rombongan Destinasi Ria tiba sekitar jam 735 pagi waktu tempatan yang berbeza satu jam lebih awal (+7) daripada waktu di Malaysia.
Untuk destinasi Siem Reap, AirAsia menyediakan setiap hari satu penerbangan ulang alik di waktu pagi.
Lapangan terbang Antarabangsa Siem Reap yang lengang mempercepatkan langkah rombongan Destinasi Ria yang sudah teruja untuk menjelajah dan merasakan sendiri keindahan tinggalan kota kuno unik ini.
Angkor Wat yang menyimpan khazanah tersendiri adalah lokasi tumpuan utama menggamit pelancong serata dunia menjejakkan kaki ke negara Indochina ini.
Waktu 4 hari 3 malam dirasakan cepat berlalu, Destinasi Ria kali ini dibantu agensi pelancongan K.U Travel dengan penginapan selesa di Royal Angkor Resort turut dibawa mengembara ke tempat- tempat menarik di sekitar Siem Reap.
Pastikan anda tidak terlepas menonton sendiri gelagat dan aksi Tomok dan Ayu yang pertama kali digandingkan dalam program televisyen dan bercuti ke destinasi yang juga terkenal dengan night market serta tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara, Tonle Sap dalam Destinasi Ria yang keudara setiap Rabu jam 10 di saluran Astro Ria dan Maya HD.
Destinasi Ria adalah sebuah rancangan travelogue terbaru 13 episod terbitan Celebrate TV Sdn Bhd bersama AirAsia yang merupakan kesinambungan daripada Destinasi Cinta, siri kembara yang memfokuskan lokasi percutian romantis pasangan selebriti, yang telah ditayangkan di saluran Astro Ria dan Maya HD tidak lama dahulu.
Kredit foto oleh Celebrate TV Sdn Bhd & AirAsia
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.