Tiada Persembahan Artis Baru, Aim 20 Tampilkan Artis Terkenal Tanah Air!

Tiada Persembahan Artis Baru, Aim 20 Tampilkan Artis Terkenal Tanah Air!
Tiada Persembahan Artis Baru, Aim 20 Tampilkan Artis Terkenal Tanah Air!

Tiada Persembahan Artis Baru, Aim 20 Tampilkan Artis Terkenal Tanah Air!


Tidak seperti Anugerah Industri Muzik (AIM) terdahulu, AIM musim ke 20 yang bakal diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 14 Disember ini akan tampil dengan konsep persembahan yang berbeza di mana tiada segmen khusus persembahan artis baru.

Malah, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM20, Rosmin Hashim, berkata tahun ini AIM 20 akan tampil dengan konsep yang berbeza dan istimewa, di mana meskipun masih menampilkan artis baru untuk membuat persembahan , namun penampilan artis-artis popular tanah air adalah lebih ramai.

“AIM kali ini, pihak kami sengaja menggunakan pendekatan berbeza di mana jika tahun lalu terdapat segmen artis baru dalam persembahan, tapi kali ini segmen itu ditiadakan.

“Namun tidak bermakna kami tidak menjemput langsung artis baru untuk persembahan, sebaliknya kami tampilkan dalam bentuk yang berbeza. Nak tahu perbezaanya itu bagaimana, penonton perlu nantikannya pada malam kemuncak kelak.

“Lagipun, pihak penganjur dan rakan-rakan rasmi majlis ini mahu memastikan malam AIM 20 menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi semua tetamu, bukan hanya golongan pemenang anugerah tetapi juga penonton di stadium, televisyen dan peminat-peminat muzik di Negara ini,” katanya selepas sidang media AIM 20, di Hotel Istana, kelmarin.

Bertemakan Black Tie, seramai 13 orang penyanyi yang akan terlibat dalam persembahan AIM 20 termasuklah Dato` Siti Nurhaliza, Hafiz, Ning Baizura, Shila Amzah, Spider, Najwa Latif, Aizat, Afgan dan Dato` Rossa.
Rosmin Hashim memberitahu, penghibur yang akan membuat persembahan kali ini dipilih dengan teliti supaya malam kemuncak AIM 20 dapat diraikan dalam keadaan yang penuh meriah.

“Sempena sambutan ulang tahun ke-20 AIM, barisan penghibur dan penyampai tahun ini telah dipilih dengan cukup teliti oleh jawatankuasa penganjur dan ianya terdiri daripada kalangan nama-nama besar di dalam industri muzik tanah air.

“Kami amat berbesar hati dengan kesudian artis-artis terkemuka ini untuk mempersembahkan bakat-bakat hebat mereka di atas pentas AIM 20 nanti,” jelasnya lagi.

AIM 20 bakal bersiaran langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135) dari Stadium Bukit Jalil, hari Sabtu pada 14 Disember ini.

Bermula dengan acara Karpet Glamor AIM20 pada jam 8.30 dan disusuli acara kemuncak pada jam 9 malam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers