Pak Nil Minta Kru Music Siasat Lagu Profesor Klon Diciplak |
Pak Nil Minta Kru Music Siasat Lagu Profesor Klon Diciplak
Bekas pengacara program Akademi Fantasia, Datuk Aznil Hj Nawawi meminta KRU Music Group agar segera menyiasat dan mengambil tindakan jika benar lagu nyanyiannya, Profesor Klon diciplak dan dijadikan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.
Aznil berkata, tindakan itu perlu kerana ia boleh menjejaskan reputasi dan nama baik syarikat rakaman berkenaan memandangkan sudah ada pihak yang menuduh komposernya iaitu Edry Abdul Halim telah menciplak lagu tersebut.
Pengacara yang turut mesra disapa Pak Nil itu berkata, dia setakat ini tidak tahu siapa yang menciplak siapa, tetapi berharap sekiranya Profesor Klon adalah karya asli yang diciplak, pihak KRU harus mengambil tindakan dengan segera kerana ia telah menjejaskan nama anak seni tempatan.
Laporan mStar Online hari ini juga menulis, Pak Nil yang ditemui berkata walaupun lagu itu bukan hasil karyanya sendiri, namun ia tetap menjejaskan namanya sendiri kerana dia adalah penyanyi yang membawakan lagu tersebut. Ini dapat dilihat berdasarkan komen-komen di Twitter apabila ada segelintir pihak yang mula membabitkan Pak Nil dalam isu ciplak ini.
Lagu Profesor Klon yang dinyanyikan Datuk Aznil dan merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Edry bagi dimuatkan dalam runut bunyi (soundtrack) filem Cicakman pada tahun 2007.
Bagaimanapun, baru-baru ini isu ciplak mula tercetus apabila lagu tersebut (menggunakan bahasa Sepanyol) telah digunakan bagi drama Pobre Rico dan ia menimbulkan persoalan siapakah pihak yang menciplak karya berkenaan.
Tambah Pak Nil, tindakan tegas yang diambil pihak KRU juga sekali gus akan membuka mata pihak luar bahawa anak seni tempatan sememangnya bersikap tegas dalam isu-isu sedemikian.
Apatah lagi kata Pak Nil, pencipta lagu negara ini sering dituduh gemar menciplak muzik negara luar.
Sementara itu, Edry yang dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai penerbitan lagu tersebut di Sepanyol dan akan memastikan setiap lagu yang dicipta di bawah syarikat KRU akan di lindungi karyanya.
"Pihak kami akan membuat siasatan berhubung perkara ini. Setiap lagu yang dihasilkan di bawah penerbitan KRU adalah hak cipta terpelihara," tegas anggota kumpulan KRU itu lagi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.