Ella, Mus, Man Kidal gegar DFP

Ella, Mus, Man Kidal gegar DFP
Ella

Ella, Mus, Man Kidal gegar DFP


MANTAP! Itulah yang dapat diungkapkan mengenai gandingan Ella, Mus May dan gitar solo Man Kidal di konsert MPO ‘Rocks’ sehingga mampu 'menggegarkan' Dewan Filharmonik Petronas (DFP) KLCC, Sabtu lalu.

Apatah lagi gandingan tiga bintang rock tersebut bersama pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) menjadikan persembahan lebih bertenaga dan menghiburkan.

Ternyata biarpun sudah berusia, ketiga-tiga bintang ini masih mempunyai kelompok peminat tersendiri apabila perkarangan DFP sudah dipenuhi penonton semejak jam 6.30 petang lagi, biarpun konsert bermula pada jam 8.30 malam.

Lebih istimewa, ke semua lagu yang dipersembahkan pada malam itu telah mendapat gubahan daripada Datuk Ramli MS selaku pengarah artistik, Ahmad Muriz Che Rose, Jenny Chin, Syed Sharir Faisal, Lilian Loo dan Yuzaifullah Mohd Yusof.

Selain itu, beberapa pemuzik profesional turut terlibat dalam konsert ini seperti pemain bass, Mohd Firdaus Abd Wahab guitar, Ihzwan Omar dan Shah Nizam Abdul Halim, pemain keyboard Acis @ Hashridz Murshim Hassim serta pemain drums, Mohd Fitri Misran.

Secara keseluruhan, dengan kualiti pentas, sistem bunyi dan pencahayaan canggih, menjadikan konsert ini antara yang diingati memandangkan apatah lagi ia julung-julung kali diadakan di dewan berprestij di DFB.

Ella, Mus, Man Kidal gegar DFP
MUS


Man Kidal, Mus sehebat dulu


Man Kidal diberikan penghormatan membuka tirai konsert pada jam 8.30 malam, dengan dua lagu petikan gitar solonya, iaitu Seruan dan The Godfather.

Ternyata petikan gitar Man Kidal sememangnya sungguh hebat sehingga membuatkan ramai yang meremang bulu roma mendengar sentuhannya.    

Sebaik dua sentuhan lagu solo itu berakhir, kelibat Mus May pula mula kelihatan di atas pentas. Mus tampil menyanyikan lagu Hakikat sebagai lagu pertama sebagai pembuka bicara.

Selepas mendendangkan Medley Sinar dan Sendiri, Mus sempat berseloroh bersama penonton supaya tidak berperanan kaku seperti menonton wayang dan meminta mereka bersikap ‘sporting’ untuk bersama-sama menyanyikan lagu Pelayaran dan Srikandi Cintaku.

Penonton yang sudah masuk dengan gemaan rock, mula memberikan sorakan apabila Mus menyanyikan lagu Stairway to Heaven.

Mengambil formula menampilkan Man Kidal sekali lagi secara solo melalui lagu Sentuhan Kidal, penonton mula terasa momentum persembahan rock berada di puncak.

Ella, Mus, Man Kidal gegar DFP
Man Kidal


Ella pukau penonton


Tidak terhenti setakat itu sahaja, konserty pada malam itu diteruskan lagi dengan persembahan Ella menerusi lagu Standing in the Eyes of the World.

Ella yang mengenakan gaun hitam putih aktif bergerak ke kanan dan kiri pentas nyata memperlihatkan persembahan yang memukau dengan mendendangkan lagu Layar Impian juga medley lagu Rindu, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Sembilu.

Rata-rata penonton sememangnya menghafal lirik lagu penyanyi ini dan tidak melepaskan peluang menyanyi bersama.

Sambil menunjukkan aksi manja dan mencuit hati penonton, Ella telah menguasai pentas itu dengan vokalnya yang mantap.

Malah, penonton turut dihiburkan dengan gelagatnya yang sering kali bermain dengan skirt gaunnya semasa menyanyikan lagu Dua Insan Bercinta.

Sesekali Ratu Rock negara itu berkomunikasi dengan penonton dan ada ketikanya peminat bagaikan histeria apabila Ella menegur daripada pentas.

Ella turut membuat kejutan apabila menanggalkan kasutnya dan menari pada persembahan terakhirnya dengan mendendangkan lagu Kesal.


Puas hati!


Sangkaan penonton bahawa konsert tersebut telah berakhir sebaik Ella tamat membuat persembahan ternyata meleset apabila Mus tampil menyanyikan lagu 'Highway Star' sebagai penutup tirai bagi persembahan konsert itu.

Disambut dengan sorakan penonton, Mus nyata masih bertenaga ketika menyanyikan lagu tersebut dari mula hingga akhir.

Malah ke semua penonton yang hadir pada malam itu mengakui sangat terhibur dengan konsert berkenaan meskipun ada yang berasa durasi dua jam konsert itu bagaikan sekejap.

Pada pemerhatian Zass, tidak keterlaluan juga untuk mengatakan konsert ini bakal diingati oleh ke semua yang hadir pada malam tersebut.


Comments

  1. gegar bak gempa bumi yang meletus...

    isi tabung samsung

    http://www.noormalashahar.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak kalau macam tu memang susah nanti, berapa skala tu? hehehehe

      Delete
  2. Replies
    1. mus memang penuh bertenaga, is memang suka vocal dia.

      Delete
  3. Assallammualaikum..salam ukhuwah dari INDONESIA..terus terang saya suka dengan penyayi asal MALAYSIA~ ELLA ,MUS MAY ,AMY,SALEEM,RAHMAD..dan masih banyak lagi..haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, terima kasih kerana meminati penyanyi asal Malaysia, sememngnya mereka mantap sejak dahulu.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers