Kontroversi hina agama tak jejas Vikingdom

Kontroversi hina agama tak jejas Vikingdom


Kontroversi hina agama tak jejas Vikingdom



Meskipun sedang dilanda kontroversi, filem Vikingdom : The Blood Eclipse terbitan KRU Studios, tetap menerima sambutan hebat. Sejak ditayangkan 12 September lalu, filem anak tempatan ini berjaya menduduki tangga kedua Malaysian Box Office, dengan kutipan RM1.5 juta.

Penerbit Eksekutif filem itu, Norman Abdul Halim, berkata, jumlah itu sangat membanggakan memandangkan ia baru seminggu menemui penonton.

“Alhamdulillah walaupun filem ini dilanda kontroversi, namun ia mampu mencatat jumlah kutipan yang memberangsangkan.

“Saya yakin kutipan filem ini akan terus bertambah selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai tuduhan yang dibuat oleh individu yang dipercayai pakar mitos, Karl EH Seigfried, bahawa filem arahan Yusry Abdul Halim itu menghina agama Kristian, Norman bagaimanapun menafikan perkara itu sekeras-kerasnya.

“Vikingdom diolah dari sebuah kisah mitos untuk menjadikan filem itu lebih menarik. Ia bukan memesongkan cerita asal mitos Scandinavia zaman pra-kristian seperti dakwaan individu itu.

“Saya yakin, individu itu hanya meneliti kandungan sinopsis sahaja. Dia sebenarnya tidak menonton filem Vikingdom sepenuhnya,” katanya.

Norman turut menyifatkan individu terbabit tidak bertindak matang, memandangkan Vikingdom adalah sebuah filem fantasi yang berdasarkan mitos semata-mata.

“Kita tidak menghina mana-mana agama pun. Dewa yang kita wujudkan di zaman Viking sama dengan zaman kepercayaan Greek yang biasa diwujudkan dalam filem-filem Hollywood,” katanya.

Memandang positif terhadap kontroversi itu, Norman berkata, ia secara tidak langsung akan memberikan publisiti terhadap filem epik kedua terbitannya itu.

“Saya perlu berterima kasih kepada individu itu, kerana kontroversi yang ditimbulkan pada 17 September lalu, ia telah melonjakkan kutipan filem ini," ujarnya.


Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers