Aku Cinta ALLAH

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Aku Cinta ALLAH, Saujana
Aku Cinta ALLAH

Aku Cinta ALLAH


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Aku Cinta ALLAH, Saujana
Kumpulan Nasyid, Saujana


MASIH bertahan di antara kumpulan nasyid popular tanah air, Saujana baru sahaja tampil dengan album terbaru berjudul Aku Cinta ALLAH.

Menampilkan single pertama berjudul Istighfar, album Aku Cinta ALLAH ini menampilkan 16 buah lagu berbentuk nasyid, zikir, selawat, doa, terjemahan dan instrumental.

Menurut vokalis Saujana, Suffian Amrin berkata, hampir dua tahun Saujana tidak mengeluarkan album terbaru. Kali ini mereka tampil memberi kelainan kepada peminat.

“Lagu yang ditampilkan ini lebih bertemakan kerohanian mendapat sambutan amat luar biasa.

“Album Aku Cinta ALLAH ini juga, amat sesuai untuk seisi keluarga dan merupakan hidangan sampingan yang terbaik,” katanya.

Tambah Suffian, setiap lagu yang ada dalam album tersebut sesuai untuk didendangkan dalam pendidikan anak-anak bagi mendalami asas-asas zikir dalam bentuk nasyid dan melodi.

Dalam kesibukan mempromosikan album tersebut, kumpulan yang turut dianggotai Hafiz, Azalinor dan Wan Najran, ini tidak melupakan Aidilfitri yang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Mari kita ikuti kisah raya mereka.
Suffian beraya di Muar

Bagi vokalis Saujana, Suffian Amrin, walaupun sibuk dalam mempromosikan album, namun dia tetap gembira meraikan Syawal tahun ini bersama keluarga dan kawan-kawan.

Menurutnya, tahun ini dia berkesempatan pulang meraikan Syawal di kampung kelahirannya, Muar, Johor.

“Seperti tahun sebelumnya, selepas sembahyang raya kami akan berkumpul berkunjung ke rumah saudara mara.

“Bagi Saujana sendiri, kami mempunyai perancangan untuk membuat rumah terbuka, tapi segalanya masih di peringkat  perbincangan,” katanya yang menganggap ini tahun terakhir dia beraya bujang.

Hafiz teruja bersama Saujana

Berlainan pula bagi ahli baru kumpulan Saujana, Mohd Hafiz Abd Rahman, yang kali pertama beraya sebagai artis.

Menurut Hafiz, dia begitu teruja beraya sebagai ahli Saujana. Selain dapat mengembangkan minatnya dalam dunia muzik, dia juga berpeluang menambah kenalan demi mengeratkan silaturrahim sesama insan.

"Seminggu raya, saya beraya di kampung halaman saya iaitu Kulim, Kedah. Selepas itu saya akan ikut Saujana untuk persembahan dan sebagainya.

“Sampai sekarang saya tak sangka saya sudah menjadi sebahagian dari mereka. Insya-ALLAH saya akan buat yang terbaik untuk Saujana,” katanya.

Bakal timang cahaya mata

Syawal ini merupakan tahun yang bermakna buat Azalinor Abdul Rahman, apabila isterinya dijangka menimang cahaya mata ketiga di bulan yang penuh kegembiraan ini.

Menurut Azalinor, dia sendiri tidak sabar menunggu kelahiran anak mereka.

“Saya berharap dan berdoa semoga isteri saya dapat melahirkan anak kami dengan selamat.

“Dari segi bajet raya tahun ini tidak banyak, saya perlu berjimat untuk membeli persiapan bersalin dan juga barangan keperluan anak,” katanya yang beraya di rumah mertua di Singapura.

Berkongsi mengenai juadah kegemarannya, Azlinor memberitahu dia lebih menggemari rendang ayam dan daging.

“Kalau berkunjung di rumah saudara saya akan mencari rendang, sementara kuih raya kurang gemar,” katanya.

Najran terkenang arwah nenek

Syawal tahun ini terlalu sedih buat Wan Najran Wan Mohd Noh kerana kali pertama menyambut Aidilfitri tanpa nenek.

Menurut Wan, dia sangat rapat dengan neneknya sehingga pemergian itu membuatkan dia selalu terkenangkan arwah.

“Jika tahun lalu saya sempat beraya bersamanya tapi tahun ini tidak lagi. Saya terlalu rapat dengan nenek bila saya balik ke Negeri Sembilan, arwah akan sediakan juadah raya kesukaan saya rendang ayam kacang.

“Tapi kali ini tidak lagi, walaupun keluarga turut menyediakan juadah tersebut, tetapi ia tidak sama dengan arwah nenek yang masak,” katanya.

iskandarX: Lagu Keluarga bahagia je is minat kumpulan Saujana nie hehehehe.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers