'First time' raya sebagai artis

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, First Time, raya, sebagai, Artis, Lops, Dan, Wan, Raja Lawak 7
Lops dan Wan

'First time' raya sebagai artis


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, First Time, raya, sebagai, Artis, Lops, Dan, Wan, Raja Lawak 7


SETIAP kali lebaran pastinya saat yang paling indah pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari bahagia bersama keluarga tersayang dan teman-teman.

Kumpulan Wala Juara Raja Lawak musim ke-7,  yang dianggotai oleh Wan Mustapha Muntek,30 (Wan)  dan Walawd Parman,29, (Lopz)  yang berasal dari negeri di bawah bayu Sabah,  menganggap Syawal tahun ini begitu bermakna buat mereka.

Menurut Wan, lebaran tahun ini menjadi penyeri dalam hidup mereka apabila telah di nobatkan menjadi juara dalam Raja Lawak.

"Walaupun ulang-alik dari semenanjung ke Sabah bagi menjalankan program , seperti biasa setiap tahun saya akan pulang ke kampung Timbang Dayang, Kota Belut beraya bersama keluarga.

"Hari raya adalah masa yang paling baik untuk bertemu saudara mara setelah kian lama tidak berjumpa mereka," kata anak kedua dari enam adik beradik ini.

Gamit memori sedih

Setiap kali mendengar takbir raya, terbit rasa sedih tatkala mengenangkan memori bersama arwah sahabat baiknya yang telah pergi buat selamanya.

"Kehilangan arwah menyambut lebaran tahun ini amat dirasai kerana ia merupakan kawan yang paling rapat dengan saya.
"Dia seorang kawan yang sangat memahami saya, kalau pergi ke mana-mana mesti kami akan berdua.

"Pemergiannya begitu amat dirasai, apabila terkenang memang sedih," katanya.

Setiap kali Aidilfitri, pastinya pelbagai juadah istimewa akan disediakan untuk tetamu yang berkunjung di rumah.

Bagi Wan, hari raya pastinya tidak lengkap tanpa lemang, ketupat dan rendang ayam  yang menjadi menu utama buatnya.

"Setiap tahun mak tidak ketinggalan menyediakan makanan kesukaan saya," katanya.

Rumah diserbu peminat- Lopz

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, selain Wan. anak muda yang berasal dari Tamparuli Sabah dengan nama panggilannya Lopz juga mempunyai kisah tersendiri di hari lebaran.

Menurut Lopz, saban tahun rumahnya sering menjadi tumpuan jiran dan sahabat yang ingin datang beraya. Tapi tahun ini berlainan.

"Selepas menyertai Raja Lawak orang lebih mengenali, tahun ini pastinya ramai yang berkunjung ke rumah.

“Saya rasa sungguh meriah, dapat beraya bersama-sama hari ini,” katanya.

Raya rumah Cina

Sempat berkongsi cerita mengenai kenangan manis ketika beraya di zaman kanak-kanak.

Lopz merupakan anak kelima dari tujuh beradik ini berkata,  banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika berada di zaman tersebut.

"Kenangan yang  paling saya tidak dapat lupakan untuk selamanya, ketika saya dan adik selalu tersilap pergi beraya di rumah berbangsa Cina yang berdekatan dengan rumah.

" Kalau duit raya saya hanya dapat dalam RM 20 atau Rm30 ringgit sahaja. sebab kawasan rumah saya tidak ramai penduduk," katanya

Di tanya mengenai makanan kegemaran hari raya yang menjadi kesukaan Lopz memberitahu, dia tidak kisah dengan apa jua makanan yang terhidang.

"Bagi saya apa yang juadah  dihidangkan hari raya  semua saya makan, soal makan saya tidak pernah cerewet," katanya  .

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers