Linda Onn, Dato` Fazley Kembali Bercinta Semula


Linda Onn, Linda Onn, Linda Onn, Linda Onn, Dr Fazley, Fazley, fazley yaacob, bercinta, Bercinta, mengaku bercinta, bercinta semula, bercinta jarak jauh, serik bercinta, buku masakan, program masakan TV, masakan, program masakan, promosi masakan malaysia, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 31 JAN 2013: Lapan tahun lalu, penyampai radio dan pengacara popular, Linda Onn dikatakan pernah bercinta dengan Dato' Fazley Yaakob dek kerana mereka menjadi hero dan heroin sebuah filem berjudul Gila Bola.

Kini, pasangan ini kembali mengegar dunia seni hiburan apabila mengumumkan bahawa kembali bercinta semula. Bagaimanapun, hubungan cinta yang dimaksudkan bukanlah hubungan kasih sayang sebalik hubungan perniagaan dalam industri pemakanan.

"Idea untuk berkolaborasi bersama Fazley terdetik ketika kami berdua menjayakan sebuah program baru-baru ini. Alhamdulillah, dari main-main, perbincangan kami nampaknya menjadi serius.

"Akhirnya, kerjasama menu air tangan dari juara Masterchef Selebriti sudah tersedia di restoran saya iaitu My Mom Chicken Rice mulai hari ini. Bagaimanapun, resepi yang diberi nama nasi ayam salai lemak cili padi ini hanya terdapat di restoran saya di Ampang Point saja," kata Linda Onn kepada murai.com.my.

Menambah perencah cerita tentang kerjasama ini, Linda memberitahu, restorannya sebelum ini hanya menghidangkan menu air tangan bondanya saja. Namun, memulakan tahun 2013, Linda mengambil inisiatif baru dengan membuka langkah seperti berkolaborasi dengan Fazley.

"Selama ini, kami memang ada menu baru di restoran kami. Namun, kesemuanya adalah resepi dari emak saya. Sebab itulah, tahun baru ini, kami buka peluang baru dengan hiasan dalaman yang baru.

"Kiranya hari ini ia ibarat saya relaunching semula restoran saya. Selain menu dari Fazley, kami juga akan mula menambah resepi baru yang lain seperti steam boat. Ianya resepi dari emak saya juga.

"Untuk resepi dari Fazley ini, ia bukan saja resepi sepenuhnya daripada Fazley semata. Sebaliknya, ia mempunyai gabungan resepi mak saya dengan mak Fazley sendiri. Menu baru ini juga ada kena mengena dengan filem kami iaitu Gila Bola," jelasnya panjang lebar.

Mempersetujui apa yang diperjelaskan Linda, Fazley yang turut mengadakan demo masakan pada pagi tadi amat berbesar untuk bekerjasama dengan penyampai Suria FM berkenaan.

"Sebenarnya kerjasama ini seperti ada udang di sebalik batu. Maksud saya ia adalah rangka promosi untuk buku resepi saya iaitu From Rembau To Padang yang bakal dilancarkan pada Jun ini. Lagi pun, saya tidak mempunyai restoran sendiri dan tiada masa untuk membukanya.

"Selain menu ini, Insya-Allah, saya akan bekerjasama dengan Linda menerusi tiga lagi menu. Bagaimanapun, ia masih lagi dalam perbincangan. Selain kolaborasi ini, Linda juga akan muncul dalam muzik video terbaru saya iaitu Cerita Asmara yang mana lagu dan muzik video ini akan dimuatkan dalam album yang menampilkan himpunan lagu terbaik daripada saya," ujarnya.

Sementara itu, kedua-dua figura ini berjanji akan mengadakan sesi bertemu peminat dalam masa terdekat untuk berkongsi menu tersebut di lokasi yang sama. Tarikh dan masa akan diumumkan menerusi akaun twitter dan facebook milik masing-masing. Harga menu ini dijual dengan harga RM8.70.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers