Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 31 JAN 2013: Meskipun sudah 7 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan teman seangkatannya di Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Yazer, namun penyanyi, Ekin Rahman atau Ekin AF3 akui belum merancang secara serius untuk berkahwin.
Malah, Ekin AF3 berkata fokusnya sekarang adalah kerjayanya sebagai penyanyi yang menjadi keutamaannya sejak dahulu lagi.
"Kami memang ada perancangan hendak berkahwin, tetapi untuk berkahwin di dalam masa terdekat ini mungkin tidak kerana kami belum ada perancangan yang teliti untuk ke arah itu.
"Saya masih lagi mahu menumpukan diri saya kepada kerjaya untuk lebih maju dalam bidang nyanyian. Lagipun saya bawa harapan keluarga yang jauh di Sabah, jadi saya tak mahu mempersia-siakan mereka," katanya selepas pelancaran album pertamanya berjudul Ekin Rahman - Satu Percaturan, di Red Box, Garden, petang semalam.
Ekin yang sudah lama menyepi daripada publisiti media dan televisyen itu berkata hanya masa dan keadaan yang akan menentukan hubungannya dengan Yazer atau nama sebenarnya, Muhd Yazer Yusof.
"Seperti yang saya katakan, nyanyian adalah keutamaan saya kerana saya mahu mengembalikan memori peminat dan orang ramai tehadap kewujudan saya yang dahulunya dalam bidang nyanyian ini.
"Walaupun saya sebenrnya aktif mengadakan show di luar tetapi ramai yang berfikir saya sudah meninggalkan dunia hiburan. Jadi saya terpaksa tangguhkan soal kahwin demi menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian," tambahnya lagi.
Album yang diterbitkan oleh Stadium First Sdn Bhd itu telah memuatkan 7 buah lagu seperti Satu Percaturan, Mencari Cinta, Ceritaku Dan Dia, Kekasih, Zapin Budi, Dengarlah Sayang dan Moment Us.
dah 7tahun bercinta belum fikir soal kawin??
ReplyDeletesy ni yng dh 7thun, dh lma rncng bab tu..cuma tak terlaksana je lagi..
rasanya lpas kwin pun masih blh nynyi kan..
entah la mimie is rasa lama gak dorang dua nie tak menonjolkan diri kan? dulu masa memula bercinta hhot bukan kemain lagi.
Delete