Sharnaaz Ahmad Minta ND Lala Berdepan Dengannya!


sharnaaz ahmad, sharnaaz ahmad mahu cakap pasal kahwin, pelakon, pelakon, pelakon popular, penyanyi, nd lala, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 31 JAN 2013: Pelakon Sharnaaz Ahmad yang lakonannya sedang menyinar dalam filem Juvana arahan Faizal Ishak mengakui tidak mahu ambil pusing terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ND Lala yang juga bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah.

"Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

"Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.

"Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki," kata Sharnaaz Ahmad kepada murai.com.my sebentar tadi.

Jelas Sharnaaz Ahmad lagi, sepertimana orang lain, dia juga mempunyai ibu bapa.

"Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.

"Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.

"Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.

"Entahlah...saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?

"Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat," kata Sharnaaz lagi.

Sambung Sharnaaz lagi, dalam hal ini, dia juga berharap pihak media akan bertanya pada Shila Amzah.

"Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia. Jadi, tanyalah tuan empunya badan sendiri," katanya yang mengakui sudah lama tidak bertemu dengan Shila kerana kesibukan masing-masing.

Awal pagi ini, pihak Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan ND Lala yang menegur sikap pelakon filem Juvana, Sharnaaz Ahmad yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila apabila dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila pada Mac ini sekalipun dihalang bapa penyanyi terbabit.

Comments

  1. Replies
    1. memang kena gentlemen tapi agak2 la sampai nak cabar-mencabar, lagi satu is tak suka perangai Sharnaaz tu, ada ka bagi tau kat media, yang shila tu bakal isteri dia? Bila masa diaorang dah bertunang? bila masa ibubapa Sharnaaz merisik? lagi satu Shila tu bukan anak yatim piatu, so is rasa tak sepatutnya Sharnaaz announce kan benda yang belum menjadi nyata betul tak?

      Delete
  2. Cik nad agak x setuju dgn cara sharnaaz nih..ntah..x minat dye kot..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm saper nak minat kat lelaki kelamkelibut kan? susah kalau asyik teringgat nak naik bot je. patutnya dia mesti cool baru nampak macho ini tak melatah yg bukan2 pulak jadinya.

      Delete
  3. mcm2 dorang ni..
    bnde yg baik knp disusahkan
    same2 tolak ansur la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu aa Chekgu Anittt, susah nak cakap kekadang nie is tengok semua artis dah perangai macam budak2 tak cukup susu badan.

      Delete
  4. Adoiii aiiii...nak kawin pon susah...shanazz oiii mei masuk minang LAN nie...sorg tk marah...kakakakaka....masuk muka depan surat khbar sudah pastiiii....kakakakkaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm sharnaaz nie yg over, karang tak jadi kawen baru nak padan dengan muka kan? ahak just kidding.

      Delete
  5. Tkpe is klu dia tk jadi kawen...kite bawa durian sebakul tuk dia...kakakaka...sry ye is lan merapu cikit...nk cari idea tu wat artikel...dah seminggu tk wat artikel...nie otak beku cikit...kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahak, mesti panas gila lepas dia perabis sebakul durian tu kan hahahahahah good idea, alaa is pun banyak merapu gak nie blog komuniti, is buat tolong2 orang, kalau blog personal nuuhh lagi merapu, dok meratuih sorang2 yang bukan2 karang LAN pun tak paham apa is cakap karang.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers