Ada Jejaka Yang Frust Bila Raja Azmi Cinta Hafiz?


Ada, Jejaka, Yang, Frust, Bila, Raja Azmi, Cinta, Hafiz, Artis Malaysia, Produser, Malaysia


KL, 6 FEB 2013: Murai Batu kisah percintaan produser filem yang sentiasa diburu kontroversi iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dengan gitaris muda, Hafiz, 27, sekarang ini bukanlah menjadi satu rahsia lagi.

Apa tidaknya, ke mana saja Murai Batu pergi, ada saja orang yang bertanya Murai Batu lebih lanjut tentang percintaan Raja Azmi dengan Hafiz yang kini sudah mencecah lebih sebulan itu. Ada juga yang macam tak percaya dan bertanya sejauh mana seriusnya hubungan Raja Azmi dengan pemuda itu.

Hai, kalau tak serius takkanlah Raja Azmi bawa Hafiz berjumpa dengan anak-anak dan menantunya. Kalau tidak serius jugak, takkanlah Hafiz berani perkenalkan Raja Azmi sebagai kekasih kepada bonda tercintanya.

Malah, kalau tak serius, takkanlah Raja Azmi berani umumkan bahawa mereka telah merancang untuk mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Bila, Murai Batu tak dapat nak kongsilah. Tunggu Raja Azmi umumkan nanti.

Tapikan, sejak Raja Azmi umumkan bahawa dia kini sedang bercinta dengan Hafiz, Murai Batu dengar ada beberapa jejaka muda yang nampaknya makan hati bila dengar pengakuan bekas isteri kepada pemain badminton negara, Jailani Sidek itu.

Sebabnya, yang Murai batu dapat tahu, salah seorang daripada jejaka itu khabarnya suka giler dengan Raja Azmi dan mahu mendekati produser filem Haru Biru dan ...Dalam Botol itu dengan lebih dekat lagi.

Tapi, Hafiz jugak yang dipilih oleh Raja Azmi. So, frust gilerlah kawan tu. Kesian pulak Murai Batu mendengarnya. Tapi, nak buat macam manakan? Soal hati bukan boleh dipaksa-paksa.

MURAIBATU: Tengah menilik gambar beef stew yang dimasak oleh Dato` Siti Nurhaliza. Terliur pulak rasanya...

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers