Memey Suhaiza Gembira Baby Sudah Pandai Tersenyum!


Memey Suhaiza, Gembira, Baby, Sudah, Pandai, Tersenyum, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto ehsan Memey Suhaiza

KUALA LUMPUR, 6 FEB 2013: Walaupun bayinya baru berusia 6 hari, namun pelakon, Memey Suhaiza akui gembira melihat perkembangan putera sulungnya, Mohamed Darwisz Hakim yang kini semakin bijak dan sihat.

Memey Suhaiza berkata walaupun agak penat kerana baru hendak membiasakan diri menjaga anaknya itu, namun penat itu hilang apabila melihat wajah bayinya yang suka tersenyum lebih-lebih lagi ketika menyusukannnya.

"Alhamdulilah, masuk hari keenam ini anak saya semakin sihat dan menunjukkan perkembangan yang baik setiap hari. Walaupun agak mencabar ketika mula-mula untuk belajar dan membiasakan diri menjaga bayi, namun semuanya berjalan dengan lancar.

"Saya pun setiap hari teruja untuk bersama dan menjaganya walaupun penat kerana masih lagi berpantang, namun melihat wajahnya lebih-lebih ketika dia terseyum ia telah melegakan dan menghilangkan segala penat saya," katanya kepada murai.com ketika dihubungi.

Memey ditemani suaminya, Norman Hakim ketika melahirkan bayi sulungnya itu Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak, kira-kira jam 9.55 malam pada 1 Februari lalu.

Apabila ditanya wajah anaknya itu mirip siapa, Memey memberitahu suaminya, Norman melihat puteranya itu punya air muka mirip Memey.

"Norman beritahu dia nampak wajahnya banyak mirip saya, tetapi kalau ikut saya wajahnya kombinasi wajah kami berdua kerana hidungnya mancung macam bapanya," jawabnya yang kini sedang berpantang di rumahnya di Kuala Lumpur.

Memey yang memberikan susu badan kepada anaknya itu memberitahu dia sering berjaga malam selepas bayinya sering berjaga kerana lapar. Memey dan Norman Hakim berkahwin pada 24 September 2011.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers