Adakah Ini Kekasih Baru Chef Riz, Mak Jemah?


Adakah, Ini, Kekasih, Baru, Chef Riz, Mak Jemah, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KL, 6 FEB 2013: Sejak bercerai dengan aktres Ana Dahlia secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor pada 10 Disember tahun lalu, Murai Batu terus tak dengar apa-apa berita tentang anak teruna Datuk Redzuawan Ismail aka Chef Wan iaitu Chef Riz.

Tapi, baru-baru ini seorang teman telah menunjukkan gambar instagram milik Chef Riz. Dalam gambar itu, Chef Riz nampak cukup intim dengan seorang gadis yang tidak kurang cantiknya dengan bekas isterinya.

Tertanya-tanya juga Murai Batu, siapakah gadis itu. Sebab, wajahnya namoak cukup serasi betul dengan Chef Riz. Adakah dia teman baru yang mengisi kekosongan hati Chef Riz selepas beberapa bulan menduda. Murai Batu rasa hanya Chef Riz saja yang mampu menjawabnya.

Apapun Murai Batu tercari-cari jugak info tentang gadis itu di dalam instagram milik Chef Riz. Tapi, masalahnya Chef Riz tak tagging langsung gambar itu pada mana-mana akaun sosial media milik gadis itu.

Sebaliknya, Chef Riz hanya menulis: "Mak Jemah, tengkiu bwk titew jenjalan aritu ek:-) . Hahahaha.. Murai Batu rasa nak gelak pun ada. Biar betul Chef Riz gelarkan gadis itu sebagai Mak Jemah. Luculah Chef Riz ni...


MURAIBATU: Terima kasih kepada Shila Amzah yang menghantar surat terbuka kepada murai.com.my.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers