BR1M akan diteruskan

BR1M, akan, diteruskan, Melaka, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Barisan Nasional, BN, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Politik, Malaysia
MUHYIDDIN (tengah) bersalaman dengan orang ramai pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia Bersama Pemimpin di SMK Tun Haji Abdul Malek, Cheng di Melaka semalam.

MELAKA – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan terus diberikan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat menjadi kerajaan kerana program itu dilihat mampu memberi impak besar dalam mengurangkan beban yang ditanggung rakyat di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada tahun lepas bantuan berkenaan telah dapat membantu lebih empat juta isi rumah dan pada tahun ini ia diperluaskan lagi kepada golongan bujang.

Menurut beliau, BR1M sebanyak RM500 telah memberi impak besar kepada usaha kerajaan mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kehidupan seharian.

“BR1M bukan hanya bantuan untuk one off atau two off sebaliknya saya jangka ia akan dilaksanakan selama mana BN diberi kepercayaan untuk menjadi kerajaan selepas pilihan raya yang akan datang.

“Bantuan ini juga satu cara yang kita dapati agak berkesan dalam menangani masalah rakyat selain kita memberikan bantuan subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia Bersama Pemimpin dan penyampaian Bantuan Persekolahan RM100 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abdul Malek, Cheng di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Majlis tersebut dihadiri oleh lebih 10,000 rakyat berbilang kaum.

Muhyiddin berkata, beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat bantuan berkenaan sebagai satu perkara yang perlu diteruskan.

Katanya, rakyat pula melihat BR1M sebagai satu pendekatan yang baik dan sudah tentu mereka mengharapkan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang panjang.

“Mungkin juga jika pendapatan negara meningkat, jumlah bantuan rakyat ini boleh berubah dan meningkat daripada apa yang ada sekarang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat dapat menilai sumbangan berkenaan dan terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Comments

  1. Replies
    1. best kan dapat duit hehehehe tapi upla lagi 250 ka leh is upgrade hosting untuk iskandarx.com tu skang bandwidth dia limit tu yg tak best

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers