Wanita diburu kes tembak polis



Johor Bahru: Polis memburu seorang wanita lingkungan usia 20-an berhubung kes anggota polis ditembak empat kali di luar sebuah pusat hiburan dekat Nusa Bestari, awal pagi kelmarin. 



Wanita terbabit dipercayai rakan kepada empat suspek yang ditahan sejurus kejadian berkenaan dan menghilangkan diri sejurus insiden itu. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim, turut menafikan laporan sebuah akhbar kononnya Konstabel Snilus Lembik, 24, dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, ditembak rakan sendiri kerana pasukan EURO 2012 yang disokongnya kalah. 
“Siasatan awal mendapati anggota itu baru saja selesai tugasan dan melepaskan lelah dengan minum di situ. 


“Bagaimanapun, sekumpulan empat lelaki dan seorang wanita di meja bersebelahannya mula membuat gangguan di pusat hiburan itu dipercayai kerana mabuk,” katanya. 


“Anggota itu cuba menenangkan keadaan, namun seorang suspek bertindak balas dengan menyerangnya dan berlaku pergelutan sebelum pistol mangsa dirampas,” katanya. 


Suspek melepaskan empat das tembakan terhadap mangsa sebelum melarikan diri. Bagaimanapun, empat suspek itu ditahan sepasukan polis 10 minit kemudian berhampiran pusat hiburan sama. 
Snilus kini stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini. 


Dahsyat-dahsyat betul budak-budak muda sekarang nie, sampaikan perempuan sendiri pun dah memiliki senjata api. Memang korang semua brutal habis, ini baru dipanggil samseng dan gengster, buat jahat ada senjata api. Ini tidak mengamuk pakai parang dengan pisau tapi bising je lebih.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers