Rama Murthi (kiri) dan R. Sri Arivesh (kanan) menunjukkan model ’Neighbours Wonder’ bersama sijil tempat ketiga yang dimenangi di Oswego, New York, semalam. - Foto BERNAMA
Georgetown: Dua pelajar Tingkatan Dua, S Rama Murthi dan R Sri Arivesh, kedua-duanya berusia 14 tahun, berjaya mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.
Mereka antara pemenang utama hadiah pertandingan 'Genius Olympiad 2012 International High School Project Fair on Environment' yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat. Kedua-dua pelajar dari Kulim, Kedah itu menang tempat ketiga dengan ciptaan alat sistem penggera diberi nama `Neighbours Wonder’ pada pertandingan disertai 246 pelajar dari 50 negara itu.
Alat ciptaan terbabit boleh membantu pengguna dalam kecemasan meminta pertolongan jiran menerusi alat penggera tanpa wayar yang boleh dipasang secara selari di semua rumah dalam sesebuah kawasan perumahan.
Rama Murthi berkata, alat penggera itu dipasang dengan pengecas bergerak dan sistem itu boleh dihubungkan di antara rumah.
Menurutnya, ilham mencipta alat itu lahir daripada konsep semangat 1Malaysia diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana alat berkenaan boleh mewujudkan semangat kerjasama antara jiran tanpa mengira kaum.
"Kami membelanjakan kira-kira RM300 membuat model alat sistem bunyi ini untuk dipamerkan pada pertandingan dan kami bangga kerana menang," kata R Sri Arivesh.
Mereka adalah peserta termuda berbanding peserta lain yang rata-rata berumur antara 16 hingga 17 tahun pada pertandingan berlangsung dari 24 hingga 29 Jun lalu itu di Oswego, New York. - BERNAMA
Bagus, harumkan nama negara dimata dunia. Yang nie perlu dicontohi oleh pelajar-pelajar dan remaja lain di Malaysia. Bukan contohi mat-mat rempit diluar sana.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.