KPT tidak audit kewangan semua Universiti



Kuala Selangor: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak melakukan proses audit laporan kewangan semua universiti di negara ini kerana ia di luar bidang kuasa kementerian itu. 






Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian hanya melakukan audit terhadap perkara berkaitan akademik seperti tawaran program dan kelayakan tenaga pengajar mengikut Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Setara) yang dilakukan dua tahun sekali sejak 2007. “Bagi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), biasanya ia diaudit syarikat yang menubuhkan universiti berkenaan,” katanya selepas melancarkan Klinik Optometri bergerak Universiti Teknologi MARA (UiTM) di kampus Puncak Alam di sini, semalam. 
Khaled diminta mengulas mengenai laporan kewangan universiti milik kerajaan Selangor, Universiti Selangor (UNISEL) yang didakwa tidak diaudit serta menanggung kerugian. 


Mengulas lanjut, beliau berkata KPT juga tidak mempunyai kuasa menghalang ahli politik daripada menyandang jawatan sebagai Anggota Lembaga Pengarah sesebuah universiti. 


Bagaimanapun, katanya, jika ahli politik terbabit cuba mempengaruhi dan membawa sentimen yang tidak baik ke dalam universiti, biasanya penuntut universiti itu sendiri yang akan membuat aduan kepada kementerian. 


"Kita di kementerian akan memastikan tenaga pengajar adalah bertauliah dan daripada golongan profesional bagi menjamin mereka dapat menjalankan tugas dengan sepatutnya. Biasanya petunjuk kita adalah berdasarkan maklum balas penuntut," katanya. 
Ahad lalu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL. 


Katanya, pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu, termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa UNISEL sedang menanggung kerugian. - BERNAMA


Dah kena tembak baru nak melompat, macam tulah di jabatan kementerian mana-mana pun. Dah kena baru nak siasat apa yang tak kena.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers