KUALA LUMPUR: Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus yang tiba semalam untuk lawatan lima hari ke Malaysia, hari ini diberi sambutan negara di Dataran Parlimen.
Ketibaan Klaus, yang diiringi isteri Livia Klausova dan rombongan pada jam 9 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir.
Upacara sambutan bermula dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja.
Ini disusuli tembakan meriam 21 das.
Klaus kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat, yang diketuai Mejar Amriza Mohd Ashhari, terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat Rejimen Askar Melayu Diraja.
Klaus dan anggota rombongannya diperkenalkan kepada anggota Jemaah Menteri dan perwakilan diplomat asing yang menghadiri upacara itu.
Lawatan pertama Presiden Republik Czech ke Malaysia adalah atas jemputan Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA
Nasib baik Agong yang jemput, so aku tak boleh lah nak ulas yang bukan bukan, Daulat Tuanku.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.