iskandarX Society Sukan - Aktiviti Sukan Perlu Disuburkan Di Semua Peringkat - Najib



KUANTAN, 16 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata aktiviti sukan perlu disuburkan di semua peringkat termasuk akar umbi dalam usaha melahirkan jaguh sukan yang membanggakan negara.






Beliau berkata kejayaan dalam bidang sukan bukan sekadar mengharumkan nama negara tetapi juga satu alat perpaduan selain menaikkan semangat cintakan negara.

"Kerajaan memandang bidang sukan sebagai bidang penting dalam kejayaan sesebuah negara. Sukan juga adalah alat perpaduan selain membangunkan industri yang memberi pulangan yang besar, menjadi satu tarikan pelancongan, menaikkan semangat cintakan negara, menaikkan imej kita di persada antarabangsa dan memupuk satu gaya hidup sihat," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Sukan Malaysia ke-15 yang disertai 15 kontinjen melibatkan penyertaan 5,828 atlet dan pegawai yang bermula sejak 7 Julai lepas.

Negeri Terengganu muncul johan keseluruhan kejohanan dengan memungut 62 pingat emas.

Turut hadir pada acara penutupan yang dihadiri lebih 30,000 orang ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Najib berkata kejohanan SUKMA merupakan satu konsep yang mampu melahirkan jaguh sukan negara untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi seperti kejohanan Olimpik.

"Ramai ahli sukan termasuk yang akan bertanding di kejohanan sukan Olimpik di London nanti merupakan yang lahir dari kejohanan SUKMA," katanya.

Beliau berkata usaha melahirkan jaguh sukan negara perlu diadakan secara sistematik, terancang dan berterusan serta memerlukan sokongan padu semua pihak. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Pahang yang dilihat telah berjaya menganjurkan kejohanan itu. Kejohanan SUKMA edisi ke-16 akan diadakan di Perlis pada tahun 2014.

-- BERNAMA

Ya kita perlu menyuburkan aktiviti sihat nie sebab kalau aktiviti sukan nie banyak, akan mengurangkan kadar budaya lepak, isap dadah, isap gam, isap ice, isap macam-macam lagi kalau nak senarai, bohsia, pelacur murahan, belen dan sebagainya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers