JOHOR BAHARU, 16 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 3,000 liter disyaki minyak diesel bersubsidi di perairan Pengerang, Kota Tinggi semalam.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.16 pagi itu, sebuah kapal APMM yang sedang membuat rondaan di perairan Tanjung Ayam, Kota Tinggi telah terserempak dengan sebuah bot nelayan tempatan dalam keadaan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan itu, APMM menemui 3,000 liter minyak di dalam tiga tangki besar dipercayai minyak diesel bersubsidi dan apabila diminta menunjukkan dokumen berkaitan dengan minyak tersebut, tekong bot berkenaan gagal berbuat demikian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mereka cuba untuk menjual minyak berkenaan kepada kapal-kapal yang berlabuh di perairan Pengerang.
-- BERNAMA
Minyak kita banyak sangat kat yang nak seludup keluar negara? Setahu aku minyak nak guna pun tak cukup sampaikan kena beli dengan arabic. Patutlah harga minyak dalam Malaysia mahai padahal kita sebuah Negara pengeluar minyak mentah. Pelik kan? Yang dok seludup subsidi nie patut hukum pancung terus, kurang ajar sebab orang dah bagi bantuan tapi tak bersyukur. Ramai lagi yang layak dapat subsidi tapi tak dapat pun depa nie yang dapat lak dok seludup keluar.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.