iskandarX Society Luar Negara - Kesemua Pelajar Malaysia Tajaan MARA Selamat Dalam Kebakaran Di Iowa

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kesemua lima pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berada dalam keadaan selamat berikutan insiden kebakaran di sebuah blok pangsapuri di South Meadow Apartments, Bandaraya Ames, Iowa, Amerika Syarikat, pada Ahad.




Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad berkata Mara turut menyalurkan sumbangan kewangan kepada pelajar tersebut untuk membantu meringankan beban akibat bencana itu.

Mereka juga menerima sumbangan daripada masyarakat setempat, katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata Pengarah MARA di Amerika Syarikat berserta pihak perwakilan kerajaan sentiasa memantau keadaan kebajikan dan keselamatan pelajar di sana. Sehubungan itu, ibu bapa dinasihatkan agar tidak bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka.

Mereka boleh menghubungi Pengarah MARA di Washington di talian +12022886130 atau Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 019-3565948.

-- BERNAMA




Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi sebab semua student2 tu selamat. Jangan bermain dengan api kelak membakar diri, hehehehe ayat nie aku dok tunggu nak lepaskan aja akhirnya menjadi kenyataan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers