Hilal Tolak Cinta Heda Kerana Gemuk?

KL, 15 JUN 2012: Sebolehnya Murai Batu malas nak ambil kisah tentang kisah cinta peserta program realiti TV.

Namun, apabila Murai Batu mendiamkan diri, ramai pula bertanyakan kebenaran sesuatu cerita yang menyentuh hati dan perasaan.



Yang penting, kisah cinta realiti ini menjadi trademark ceritera wajib untuk program Akademi Fantasia.

Yelah, AF banyak mengeluarkan pasangan bahagia seperti Rosma dan Khai serta Rich dan Velvet.

Apapun, kali ini ia berjangkit dengan program yang dikendalikan pengacara AF, Aznil Hj Nawawi iaitu On Air.

Baru-baru ini, Murai Batu mendapat tahu, peserta On Air wanita yang bernama Nurheda Mohammad Zain atau Heda dikatakan telah jatuh hati dengan ketampanan dan ketinggian peserta lelaki iaitu Hilal.

Bagaimanapun, Hilal atau Hilal Azmi yang sebelum ini aktif sebagai seorang blogger telah menolak cinta Heda.

Dengarnya, Hilal tidak menerima cinta Heda kerana peserta itu bukanlah ciri-ciri wanita yang disukainya.

Pun begitu, ada suara berbisik di telinga Murai Batu mengatakan sebab sebenar Hilal menolak mentah-mentah cinta Heda kerana wanita ini tidak cantik dan berbadan gemuk.

Wah, betul ke? Oleh kerana itu juga, setelah Hilal mengetahui rasa hati Heda, Hilal sering saja mencari helah untuk menjauhi Heda serta membenci Heda.

Sungguhpun Murai Batu tidak tahu kepastian cerita ini, mungkin Hilal terpaksa tolak cinta Heda kerana dia sudah pun mempunyai pilihan hati.

Apa sekalipun, ia terpulang kepada jodoh. Adakala persahabatan yang dimulai dengan rasa benci boleh membawa kebahagian sehingga ke anak cucu.

Yang penting, Murai Batu doakan kedua-dua peserta ini berjaya sebagai pengacara nanti walaupun kedua-duanya telah pun tersingkir.

Mau yang lawa-lawa bagi penampaq satlagi kot baru hang tau!!!

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers