Lemang Moden - Resepi Menu Hari Raya | Untuk resepi lemang moden yang ringkas dan enak, boleh cuba resepi ni.
Lemang Moden - Resepi Menu Hari Raya
Siapa tidak kenal menu lemang yang dinanti nantikan setiap syawal ini? Rasanya yang lemak masin memang menambat hati. Ditambah pula apabila dimakan dengan rendang, fuh memang sedap!Tapi, proses pembakaran lemang buluh sedikit sukar dan mengambil masa yang amat lama, terutamanya untuk yang duduk di bandar. Jadi, marilah kita cuba resepi lemang moden ini. Anda hanya perlukan pengukus dan cawan kertas pakai buang sahaja untuk menikmati lemang fresh di rumah sendiri!
Lemang Moden: Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Beras pulut
- Santan
- Air
- Garam
- Duan pisang
- Cawan pakai buang
Mari lihat cara untuk memasak lemang moden:
1. Pertama sekali, basuh dan toskan pulut beras dan ketepikan seketika.
2. Kemudian, bancuhkan santan, air dan garam sehingga cukup rasa (pastikan campuran sedikit pekat).
3. Setelah itu, lapikkan dalaman cawan kertas dengan daun pisang.
4. Seterusnya, masukkan beras pulut yang telah dibasuh sebentar tadi.
5. Kemudian, tuangkan air santan ke dalam cawan yang berisi beras pulut.
6. Tuangkan santan sehingga melebihi beras pulut dengan sedikit (jangan ketukkan cawan berisi beras pulut untuk memampatkannya).
7. Kemudian, kukuskan cawan berisi beras tersebut untuk 2 jam.
8. Selepas 2 jam, angkat lemang anda dan biarkan lemang sejuk sedikit untuk seketika.
9. Kemudian, guntingkan cawan kertas yang membaluti lemang tersebut.
10. Akhir sekali, potongkan lemang mengikut ketebalan yang anda inginkan dan selamat menjamu selera!
Apabila lemang anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.