#Tempatan: Lebih 40 rumah rosak dibadai ribut

#Tempatan: Lebih 40 rumah rosak dibadai ribut

Jumaat, 10 April 2020

ALOR SETAR: Lebih 42 rumah rosak apabila sebahagian bumbung diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Lunas, dekat Kulim pada 6 petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata antara kampung terjejas ialah Kampung Batu 5, Kampung Perenggan, Kampung Sungai Limau selain Taman Sang Kancil.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun turut dihempap siling bumbung dan mangsa mengalami luka kecil di kepala sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan, lain-lain kecederaan tiada.

“Jumlah rumah rosak yang sebahagiannya bumbung diterbangkan angin, mungkin dijangka meningkat apabila laporan baharu kami peroleh nanti,” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Katanya kejadian itu turut menyebabkan banyak pokok tumbang apabila lebih 20 panggilan diterima pihaknya di sekitar Lunas.

“Operasi pembersihan membabitkan 30 anggota APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan turut disertai anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daerah,” katanya.

– BERNAMA

TAG: ribut, Lunas, APM Kulim, rumah

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers