#PKP: Helah cari susu bayi 11 bulan

#PKP: Helah cari susu bayi 11 bulan

Jumaat, 10 April 2020

ALOR SETAR: Sepasang suami isteri yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan, ditahan di sekatan jalan di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata pasangan itu memberi alasan keluar untuk membeli susu anak namun ketika itu semua premis sudah ditutup jam 8 malam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebelum itu, lelaki berusia 20 tahun itu dikatakan memecut motosikalnya sebaik ternampak kehadiran polis di kawasan pemeriksaan itu sambil membonceng isteri dan anaknya dalam keadaan merbahaya.

“Mereka ditahan selepas dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan berhampiran lokasi sekatan jam 12.30 tengan malam sebelum pasangan suami isteri itu ditahan kerana ingkar PKP,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lelaki ditahan selepas merempuh sekatan polis di persimpangan lampu isyarat Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, awal pagi tadi.

Lelaki berusia 24 tahun dari Baling yang memandu Perodua Axia dikatakan tidak berhenti ketika polis menahannya menyebabkan dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mengejarnya kira-kira jam 1 pagi.

Suspek dikejar sejauh kira-kira enam kilometer di kawasan perumahan di Jalan Langgar dengan bantuan Unit Kereta Peronda (MPV) dari Balai Polis Alor Setar.

Mohd Rozi berkata, suspek mendakwa dia takut kerana cukai jalan kereta milik ibunya itu tamat tempoh menyebabkan dia cuba melarikan diri.

Beliau berkata, dalam kes lain, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan polis selepas penemuan baju hujan berlogo polis ditemui dalam raga motosikalnya dan akan disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan dan kelengkapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers