Jumaat, 10 April 2020
KUANTAN: Seorang guru di Raub menanggung kerugian hampir RM50,000 selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud yang menggunakan nama sebuah bank akhir bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula apabila mangsa lelaki berusia 41 tahun mendakwa melihat iklan berkenaan pinjaman wang di Facebook.
“Mangsa kemudian meninggalkan nombor telefonnya di ruang komen sebelum tidak lama kemudian dihubungi seorang lelaki kononnya dari CIMB Kuala Lumpur.
“Setelah berbincang mangsa bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM50,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, suspek juga meminta mangsa untuk menyerahkan salinan kad pengenalan, salinan slip gaji dan penyata akaun.
“Selepas menyerahkan semua dokumen itu, suspek menyatakan permohonan pinjaman mangsa diluluskan namun perlu membuat bayaran untuk membuka akaun, insuran dan yuran pinjaman berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian membuat 12 kali pindahan wang ke dalam lima akaun yang diberikan suspek menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM49,049.
“Namun sehingga kini, mangsa masih belum menerima wang pinjaman berkenaan dan diminta untuk membuat bayaran lagi.
“Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub semalam dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.