WANITA BERTUDUNG LEBIH TERUK DARIPADA TAK BERTUDUNG?

WANITA BERTUDUNG LEBIH TERUK DARIPADA TAK BERTUDUNG?

WANITA BERTUDUNG LEBIH TERUK DARIPADA TAK BERTUDUNG?

RAMBUT BUKAN AURAT? TUTUP RAMBUT ITU BUDAYA ARAB?

Assalamualaikum... Saya terpanggil untuk kupas isu ini kerana terbaca komen2 di laman sosial yang menyalahkan tudung untuk menutup kesalahan. Atas permintaan rakan2, sy kongsikan sedikit pencerahan.

Benar, syurga neraka rahsia Allah, tetapi menyampaikan dakwah ialah tanggungjawab setiap umat Islam, dan hukumnya WAJIB.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.
[Surah Ali Imran/3:110]

Rasulullah s.a.w. bersabda : 

"Sesiapa dikalangan kamu yang berilmu telah melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, supaya tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman" ( Hadis sahih Riwayat Muslim ) 

======================================================================

KATA-KATA ALUAN

Kita biasa kan dengar statement ni:

"Tak semua gadis bertudung tu baik, dan tak semua gadis tak bertudung tu jahat".

Cam sedap je bunyinye kan. Cambest je kan. Rasa macam intelligent gile bile sebut statement tu.

Seorang yang pakai tudung tak semestinya baik. Tapi seorang yang tak pakai tudung dah tentu jahat.

Sebab apa ? Sebab lawan Allah.

Sememangnya orang yang bertudung belum tentu baik dan masuk syurga...
TETAPI sudah pasti orang yang tak pakai tudung akan di bakar rambut dan kepalanya dgn api neraka... (sekiranya mati belum sempat bertaubat)
dan sudah pasti lah orang yg tak bertudung itu jahat... jahat dan kurang ajar dengan Allah SWT.

Dalam neraka bilangan wanita lebih banyak dari lelaki sebab kenapa? Salah satunya tidak menutup rambut atau kata sesuai bertudung.

Bagaimana kite boleh kate orang yang terang-terangan melanggar perintah Allah sebagai tak jahat?

So?? Kalau tak mahu berhijab, janganlah sesekali memperlekehkan golongan bertudung.. Itu namanya tiada adab dengan Allah.

==========================================================================================================================

AYAT-AYAT POPULAR

'Walau tak berhijab tapi saya baik, tak kutuk orang, tak ngumpat orang, tak naya orang, tak kaco orang, tak wat bende2 tak baik, hormat orang tua2, tolong-menolong, sedekah, solat, puasa, etc.....

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

JAWAPAN :

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat).

Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Orang yang tak pakai tudung, same ade secara simbolik @ terang-terangan, telah memberitahu diri dan orang lain bahawa dia TAKNAK ikut perintah Tuhan..

Kalau die betul2 baik, sepatutnya takde msalah nak tutup aurat, betul?

Kalau dengan sesama manusia boleh buat baik, nape tak jaga hubungan baik dengan Allah?

Tiada keberkatan dalam melakukan sesuatu amal jika aurat tak tutup...
Contoh, si wanita tidak bertudung ini sering buat amal jariah seprti bersedekah tolong org ramai dan macam2 lagi.... OK, kita nampak dia buat amalan baik insyaallah dapat pahala... TAPI jangan lupa pada masa yang sama beliau juga melakukan kemungkaran di mana tidak menutup AURAT.... jika dosa menutup aurat itu lebih BANYAK dari pahala amal jariah itu tadi.... amal jariah tiada guna... timbangan hisab di akhirat akan diberatkan dengan DOSA daripada pahala....

Solat bertujuan untuk mencegah kemungkaran, TETAPI jika masih tak mahu tutup aurat, bermakna solat itu tidak sempurna, dari segi rukun ya mmg sah, dari segi PENGERTIAN?? kerana solat adalah untuk mencegah kemungkaran..

======================================================================================================================================================================================

TIDAK MAHU HIPOKRIT BERTUDUNG?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

JAWAPAN :

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak.

Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Dalam Quran ada ke sebut tutup aurat hanya untuk orang yang ikhlas? Ada ke Quran sebut dah dapat hidayah baru kena tutup aurat?

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya.

ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang WAJIB ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah TERSELAMAT dari cambahan DOSA dari mata lelaki.

=======================================================================================================================================================================================

MENUNGGU SERU UNTUK BERTUDUNG?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

JAWAPAN :

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.


Nak tunggu seru tu sampai, tengok-tengok ajal yang datang. '"kiki emoticon

Perintah ALLAH takde kene mengene dengan hipokrit tak hipokrit.. ianya WAJIB, bukan kene tunggu hati ikhlas ke tak.

Fikirkan: Kalau golongan tak menutup aurat dikatakan baik, maka apa perlunya ALLAH turunkan hukum menutup aurat? Baik biar je semua perempuan Islam tak pakai tudung, asalkan baik kan? ALLAH saja suka-suka suruh pakai tudung ke? Tak kan...

Kepada kawan2, jangan salah anggap saya benci anda. Fikir betul2 sebelum buat persepsi. Saya tak kate golongan free hair ni jahat.. Tak. Bagusla kalau dia baik. Tapi kan lagi manis kalau dia lengkapkan kebaikan dia tu dengan mnutup aurat. Takde la sia-sia kebaikan yang dia buat tu, insya-ALLAH...

Cuma saye tensen laaa jugak bile golongan bertudung digunakan sebagai hujah untuk menutup ksalahan sendiri... kan..

======================================================================

ALLAH SWT BERFIRMAN :

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – Surah An-Nur ayat 31

==============================================================================================================================================================================================================================================================================================================================================================

12 ALASAN WANITA TIDAK ENDAH AURAT

1. SEMUA YG TUTUP AURAT, PASTI MASUK SYURGA KE?

Setiap umat Islam perlu beramal di sepanjang hayatnya kerana tiada seorang pun yang pasti dirinya akan memasuki syurga. Namun apa yang pasti, tidak menutup aurat, neraka menantinya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

=============================================================

2. BERTUDUNG TAK SEMESTINYA BAIK

Bila Iblis tidak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Kenapa pula aku perlu sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Yang bertudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak semestinya baik..."

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Al-Ma’idah: 2)

.
=============================================================

3. MACAMLAH KAU BAGUS SANGAT NAK TEGUR AKU.. KAU DULU LAGI JAHAT

Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Dakwah itu satu tuntutan Islam. Selagi kamu Islam, dakwah tu diwajibkan walaupun kamu sendiri tidak sempurna. Sekurang-kurangnya, yang menegur itu telah insaf dan bertaubat.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

======================================================================

4. WALAUPUN KAMI BERPAKAIAN SEKSI, TAPI HATI KAMI BAIK

Adakah kamu mendakwa diri kamu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan ia sudah cukup menjamin maruah diri kamu tanpa perlu menutup aurat dan kembali ke jalan Allah S.W.T?

Rasulullah S.A.W pernah bersabda ertinya: “Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

============================================================

5. PAKAIAN JARANG@KETAT, ITU HAK KAMI. KALAU TAK SUKA JGN TENGOK

Adakah kamu menjamin bahawa semua "Lekaki Ajnabi" mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "... dan janganlah kamu memperlihatkan perhiasan tubuh kamu kecuali yang zahir daripadanya..." (An-Nur: 31)

=============================================================


6. KAMI RASA PAKAIAN KAMI TIDAK SEKSI. TERPULANG PADA INDIVIDU YG MEMANDANG KAMI

Seksi atau tidak, kamu tetap berdosa walaupun hanya mendedahkan sehelai rambut @ bentuk tubuh kamu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"... dan janganlah kamu memperlihatkan perhiasan tubuh kamu melainkan suami kamu, bapa kamu, bapa mertua kamu, anak-anak kamu, anak saudara kamu, saudara-saudara perempuan kamu, perempuan-perempuan Islam atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan..." (An-Nur:31)

=============================================================

7. WALAU KAMI TIDAK BERTUDUNG, KAMI TETAP SOLAT & PUASA

Adakah kamu yakin bahawa seorang wanita Islam dijaminkan syurga dengan hanya bersolat 5 waktu dan berpuasa? Bagaimana dengan tuntutan Islam yang lain?

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (Riwayat Muslim).

=============================================================

8. SUKA HATI KAMILAH NAK BERPAKAIAN MCM NI.. KAMI TAK SUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN

Kamu salah, sebenarnya kamu telah menyusahkan ibu-bapa kamu, abang-abang kamu, adik-adik kamu, suami kamu serta orang lain, dengan menarik mereka ke neraka bersama kamu disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kamu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang" (Al-Ahzab: 59)

=============================================================

9. APA YANG KAMI PAKAI, INI ANTARA KAMI DENGAN TUHAN

Adakah ini jawapan yang akan kamu berikan pada Mungkar dan Nangkir sewaktu disoal mengenai segala perintah Allah S.W.T nanti?

Firman Allah S.W.T yang bermaksud; “ Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina." (An-Nisa:14)

=============================================================

10. KAMI BERPAKAI SEKSI MCM NI, SBB IKUT ARAHAN PHOTOGRAPHER @ PENGARAH FILEM UTK DISESUAIKAN DALAM SCENE KAMI DEMI MENCARI REZEKI YANG HALAL

Kamu telah meletakkan arahan-arahan mereka itu lebih tinggi berbanding perintah Allah S.W.T. Adakah mencari rezeki dengan mengengkari perintah Allah S.W.T itu adalah sesuatu yang halal di sisi Islam?

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.” (Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani)

=============================================================

11. BUKAN KAMI TAK MAHU TUTUP AURAT, CUMA MASIH BELUM SAMPAI SERU

Berdoalah supaya seruan keinsafan itu datang sebelum tibanya Izrail. Seruan untuk menutup aurat sudah ada dalam Quran 1400 tahun dahulu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “...dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Al-'Imran: 135)

=============================================================

12. TAKKAN NAK BUAT PERUBAHAN SECARA DRASTIK? SLOW-SLOW LA...

Sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ianya akan turun ke dunia bersama-sama dengan dua kumpulan malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab. Kumpulan manakah yang akan kamu pohon untuk diperlahankan...?

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”. (Al-A‘raaf: 26)

==========================================================================================================================

RAMBUT ITU AURAT YANG WAJID DITUTUP (DALAM QURAN DAN HADIS)

Klik sini :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=816149808434323&set=t.1045998845&type=3&theater

============================================================================================================================

KESIMPULAN

Sesiapa yang memerangi Islam, maka mereka harus DITENTANG tanpa mengira apapun agamanya.

Rasulullah SAW dan sebahagian besar para sahabatnya adalah bangsa ARAB yg berpegang pada dasar ISLAM, menentang Abu Jahal serta pendokongnya yg juga dari kalangan bangsa ARAB yg berpegang di atas dasar KEBANGSAAN.

**Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al A'raf Ayat 179)

p/s: Kenapa kebelakangan ini banyak malapetaka menimpa negara kita? #PrayForMalaysia?? Mcm mana Allah nk makbulkan doa kalau maksiat dibiarkan berleluasa? Sama2 kita buka hati dan minda...

Allah SWT berfirman :

Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. (AL A’RAAF 96)

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers