PERATURAN TERBARU UNTUK PENIAGA ONLINE

PERATURAN TERBARU UNTUK PENIAGA ONLINE

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang merangka peraturan baru di mana para peniaga yang menggunakan di atas talian akan diwajibkan mendaftar dengan suruhanjaya ini, SSM juga telah mengesahkan bahawa peraturan ini turut tertakluk kepada mereka yang ingin menjual walaupun hanya satu barang (seperti jualan di dalam laman Mudah.my)

Menteri KPNDKK, Dato' Seri Hamzah berkata walaupun pengguna hanya ingin menjual satu unit telefon pintar, mereka harus mendaftar terlebih dahulu dengan SMM dan barang tersebut harus dijual dalam masa hanya 30 hari.

Jika barang tersebut tidak terjual dalam tempoh yang ditetapkan, mereka harus melakukan pendaftaran baru yang memberikan tempoh tambahan 30 hari lagi.

Dato' Seri Hamzah Zainuddin juga menyatakan langkah ini adalah untuk melindungi penggua daripada sebarang kes penipuan selain memastikan hak pengguna terjamin. Tetapi, jika peraturan secara atas talian ini berkuat kuasa, proses penjualan atas talian akan menjadi lebih rumit.

Pengumuman ini dibuat selepas Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia mencadangkan supaya kesemua blog dan media atas talian untuk berbuat sedemikian. Hal ini dilihat sebagai satu langkah untuk memastikan kesemuua aktiviti atas talian rakyat Malaysia dapat dipantau oleh pihak berkuasa.

Walaupun langkah ini akan membuat para pembeli rasa lebih terjamin, tapi impak kepada peniaga kecil-kecilan yang cuba mencari pendatapatan tambahan dengan menjual barangan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram akan menjadi lebih sukar.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers