Elak Fitnah, Zizan Razak Nikah Gadis Sekampung Jun Ini

Elak Fitnah, Zizan Razak Nikah Gadis Sekampung Jun Ini

Sumber BH Plus

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2015: Pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak membuat kejutan semalam apabila membuat pengakuan yang dia bakal berkahwin pada Jun ini.

Menerusi laporan BH Plus, Zizan yang telah dihimpit dengan pelbagai kontroversi kebelakangan ini berkata gadis pilihannya itu adalah gadis sekampung dengannya, iaitu dari Kuala Terengganu dan berusia 24 tahun.

Zizan yang bakal menyambut ulang tahun ke 31 pada 15 April ini turut menjelaskan yang gadis itu bekerja namun namanya pada masa ini biarlah dirahsiakan.

Menafikan yang keputusannya itu adalah satu tindakan drastik atau terburu-buru, Zizan berkata ianya adalah keputusan rasional dan dia merasakan dirinya sudah patut berkahwin dan memiliki anak. Dia juga menafikan yang dirinya mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.

Tambah Zizan lagi, ibu bapanya kini sudah berusia, jadi dia mahu mereka melihat dirinya menaiki pelamin dan sempat bermain dengan cucu.

Zizan bakal pulang ke kampungnya dalam waktu terdekat untuk menyelesaikan urusan merisik dan meminang.

Sementara itu, Zizan juga sempat memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik ditambah lagi, gadis berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluka tertambat terus.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers