Shaheizy Sam Hanya Makan Ayam Dan Ikan Panggang

Shaheizy Sam Hanya Makan Ayam Dan Ikan Panggang


KUALA LUMPUR, 11 APRIL 2015: Pelakon popular Shaheizy Sam akui tidak makan nasi hanya lebih mengutamakan makanan `kosong` karbohidrat seperti ayam, ikan panggang serta sayuran.

Dia lakukan semua ini untuk mendapatkan tubuh yang ideal serta tampil lebih bergaya agar tidak nampak ‘chubby’.

“Memang ‘sakit’ untuk jalani diet seupama ini, kalau saya tidak lakukan dengan teratur dan berdisplin kemungkinan berat badan saya akan bertambah.

“Kalau saya berada di lokasi penggambaran, apabila melihat krew-krew produksi makan yang sedap-sedap iaitu nasi saya hanya mampu terliur tapi saya kena kuat untuk lawan dugaan tersebut,” seloroh Shaheizy kepada H Live.

Dalam pada itu, Shahiezy baru sahaja selesai penggambaran filem terbarunya iaitu Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Antara sebab saya diet adalah untuk kerjaya lakonan saya serta untuk filem ini juga, ini adalah kali pertama saya mempunyai ‘six pack’ agar tampil lebih segak di layar filem.

“Almaklumlah melakonkan watak sebagai detektif polis, saya naklah nampak ‘tuff’ dan macho, apa-apa pun kepada penonton dan peminat jangan lupa menonton Polis EVO yang padat dengan aksi yang mendebarkan,” katanya mengakhiri bicara.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers