Zee Avi Jadikan Aizat Fahami Diri Wanita

Zee Avi Jadikan Aizat Fahami Diri Wanita

Zee Avi Jadikan Aizat Fahami Diri Wanita


Siapa sangka peluang bekerjasama dengan penyanyi tempatan yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Zee Avi menerusi lagu duet berbahasa Inggeris pertama berjudul We’ll Be Happy memberi kelebihan berbeza buat Aizat Amdan.

Sedar dia memang tidak mempunyai ramai kawan wanita, namun kata Aizat kemunculan Zee Avi dalam hidupnya telah memberi pemahaman jelas buatnya tentang diri seorang wanita.

“Begitu banyak perkara yang pelajari sepanjang mendekati Zee Avi. Sebagai semua sedia maklum, saya memang tak ramai kawan perempuan tapi menerusi kerjasama dengannya telah menjadikan saya seorang lelaki yang mengenali perempuan dengan lebih dekat.

“Dia mengajar saya bagaimana untuk berkomunikasi terutama apabila berhadapan dengan pihak media. Bila mendengar dia bercakap, seolah-olah saya sedang berada di hadapan radio kerana bagi saya dia memang ada bakat jadi penyampai radio,” jenaka Aizat tentang Zee Avi.



Aizat dan Zee Avi buat pertama kalinya telah tampil berduet dengan lagu terbaru mereka itu menerusi rancangan Bella Unwind di NTV7 pagi tadi.

Jelas Aizat, lebih banyak peluang yang akan memperlihatkan mereka berduet dengan lagu romantis berkenaan pada masa akan datang.

Katanya, We’ll Be Happy telah dirakamkan pada penghujung tahun lalu, bagaimanapun kerana masalah domestik disebabkan Zee Avi masih menetap di New York dan Los Angeles,  maka lagu berkenaan tidak dapat diperkenalkan dengan segera.

“Seperti juga lagu duet saya bersama Yuna, saya turut mengalami masalah yang sama dengan Zee Avi. Bukanlah satu kerja yang mudah kerana saya perlu mengikut masa terluang mereka dan adakalanya berkomunikasi melalui email.

“Tapi apa yang boleh saya katakan, peluang bekerjasama dengan Zee Avi merupakan peluang keemasan dan terbaik apatah lagi saya sangat menghormati dirinya sebagai seorang penyanyi dan penghibur berbakat besar,” katanya.



Lagu We’ll Be happy bakal ditempatkan di dalam album EP atau mini milik Aizat berjudul Legasi yang akan dilancarkan pada April ini.

Selain Zee Avi, album Legasi itu turut menampilkan duet bintang Akdemi Fantasia 5 berkenaan bersama-sama Yuna, Noh Hujan, Azlan & The Typewriter dan tidak ketinggalan lagu solo terbarunya.

Sementara itu kata Zee Avi, dia mula mendambakan kebanyakan hasil kerja seni Aizat sejak mendengar lagu Sungai Lui yang ternyata telah memberi inpirasi kepada banyak anak muda termasuk dirinya sendiri.

“Lagu ini telah disiapkan Aizat empat tahun lalu tapi baru tahun lalu ianya telah dirakamkan selepas saya berminat untuk menyanyikannya kerana saya menyifatkan lagu itu cukup istimewa dari melodinya yang memiliki grove dan vibes tersendiri.

“Proses merakamkan lagu ini hanya memakan makasa tiga jam iaitu pada tahun lalu dan sejak pulang ke tanah air, saya dan Aizat telah bekerjasama bagi mempromosikannya seperti di dalam program Bella NTV7 pagi ini.

“Mungkin selepas saya pulang semula ke tanah air pada April nanti, saya dan Aizat akan berganding tenaga bagi mempromosikannya di beberapa lokasi seperti di Kuching dan  Kota Kinabalu juga bersempena pelancaran album lagu kanak-kanak saya,” katanya.

Zee Avi telah berada di ibu negara sejak 4 Mac lalu bagi menjayakan sambutan Hari Malaysia Antarabangsa dan akan pulang ke Amerika Syarikat pada 29 Mac depan.

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers