Sharifah Sakinah Ada Sebab Tayang Perut
Sharifah Sakinah menjelaskan tindakannya yang kerap memuat naik gambar bahagian perutnya di laman Instagram bukan dilakukan secara sengaja untuk menghairahkan sesiapa atau meraih publisiti.
Sebaliknya, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, tujuannya itu adalah untuk memberi inspirasi dan semangat kepada orang lain setelah melihat perubahan fizikalnya terutama pada bahagian tersebut.
"Sebelum mengadakan program kecergasan Sakinah Fitnes yang dianjurkan saya sendiri bersama rakan, bentuk tubuh saya bukannya langsing seperti sekarang.
"Malah, tujuan saya memuat naik gambar itu adalah semata-mata ingin menaikkan semangat para peserta lain yang turut mengikuti program tersebut.
"Tiada niat atau tujuan lain dan saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial," katanya kepada Murai.
Sakinah ditemui pada majlis bacaan skrip filem Pekak di Sri Pentas petang semalam.
Tambah Sakinah, dia tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya namun berharap pihak yang tidak berpuas hati dengannya hendaklah berfikiran positif.
Dalam pada itu, Sakinah turut mengakui menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk menarik peminat dan orang ramai menyertai kelas kecergasannya itu.
Secara tidak langsung menurut Sakinah, menerusi cara itu dia dapat menarik minat peminatnya dalam memberikan kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidpuan seharian.
"Populariti itu ada kebaikannya jika ia digunakan dengan cara betul seperti menggalakkan peminat untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan itu yang cuba saya lakukan.
"Alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan ramai di antara mereka mula menunjukkan perubahan positif," jelasnya.
Tambahnya lagi, dia juga terkejut apabila beberapa selebriti terkenal lain seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila turut hadir pada aktiviti yang dianjurkannya.
Sementara itu, Sakinah berkata, pada September depan dia akan berkolaborasi dengan sebuah pusat kecergasan bagi mengadakan program selama tiga bulan yang diberi nama 52 Hours with Sharifah Sakinah Fiesta Fitness.
Jelas Sakinah, dia menyasarkan seramai 5,000 peserta menyertai program istimewa itu dengan pelbagai aktiviti kecergasan dalam tempoh tiga bulan.
iskandarX: is pun heran, klau Faizal Tahir dulu kena gam sebab buka baju lepas tu baling baju ke peminat terus kena gam setahun, kenapa Sharifah Sakinah, tanyang perut, etc video kontroversi tak kena-kena gam? Apahal?
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.