Posting Dalam I.g, Chef Wan Tak Berniat Kecilkan Hati Sesiapa
Pakar masakan dan chef selebriti bertaraf dunia, Dato' Redzuawan Ismail atau Chef Wan mengakui sedar dengan tindakannya meletakkan ‘post’ yang dikaitkan dengan pesawat MH370 akan menjadi kontroversi mahupun isu.
Menerusi perbualan di WhatsApp kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Chef Wan berkata dia langsung tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa sebaliknya hanya sebagai bahan jenaka untuk mengurangkan kesedihan berhubung kehilangan pesawat MH370.
“Saya rasa sejauh mana sedihnya kita, kita tidak boleh semudah-mudahnya membawa masalah ini berpanjangan.
“Kita perlu mencipta jenaka seperti itu untuk membuat orang lain ketawa dan rasa gembira semula. Hidup harus diteruskan,” katanya kepada portal murai.com.my.
Chef Wan telah memuat naik gambar aksinya di tepi Pantai Morib bersama-sama sekeping papan putih di dalam akaun Instagram miliknya dengan menulis jenaka berhubung pintu kapal terbang MAS yang hilang.
Kata Chef Wan, gambar itu diambil ketika dia sedang menjalani penggambaran di Pantai Morib hari ini yang telah mempertemukannya dengan sekeping papan di tepi pantai tersebut.
Jelasnya, selepas memerhati secara lebih teliti, papan berkenaan merupakan pintu tandas salah seorang penduduk di kawasan berdekatan yang telah roboh serta uzur dan tersadai di tepian pantai berkenaan.
“Saya melakukannya secara sengaja kerana saya ingin melihat secepat mana orang kita melatah. Masin mulut saya ni.
"Yalah terlalu banyak perkara berlaku ketika ini dan saya memberi tahu semua orang, sehinggakan kita sendiri tidak tahu mana yang betul sekarang ini.
“Itulah sebabnya saya berjenaka tentang ini,” katanya yang menerangkan isu yang sedang menjadi bualan hangat ketika ini.
Jelas Chef Wan lagi, dia tidak mahu masyarakat umum mengambil jenakanya itu sebagai sesuatu yang serius dan berharap agar tindakannya itu dapat dijadikan satu cara yang membina serta positif bagi membuatkan orang ramai kembali ceria.
salam. patutnya chef kena fikir dulu kut sebelum buat posting macam tu..
ReplyDelete