Mila Jirin Sedih Juruterbang #MH370 Yang Juga Peminatnya Hilang!

Mila Jirin Sedih Juruterbang #MH370 Yang Juga Peminatnya Hilang!

Mila Jirin Sedih Juruterbang #MH370 Yang Juga Peminatnya Hilang!


Misteri kehilangan pesawat #MH370 yang hingga kini masih belum ditemui sejak Sabtu lalu, nampaknya turut memberikan kesan yang cukup mendalam buat penyanyi Mila Jirin yang juga adalah juara Akademi Fantasia Musim 5 (AF5).

Lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa salah seorang juruterbang yang bertugas mengendalikan pesawat itu adalah Kapten Zaharie bin Ahmad Shah.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kaitan Kapten Zaharie dengan penyanyi genit kelahiran Pulau Pinang yang popular dengan lagu Persis Mutiara ini.

Sebenarnya, di luar daripada kerjayanya sebagai seorang juruterbang, Kapten Zaharie adalah salah seorang daripada peminat Mila yang cukup aktif terlibat dalam segala aktiviti dan kegiatan yang dianjurkan Kelab The Voice Of Mila.

Kelab The Voice Of Mila adalah sebuah fan club yang diwujudkan oleh segelintir peminat buat Mila sejak mereka mengikuti bakat nyanyiannya di dalam AF5.

"Kalau tak silap Mila, kelab peminat itu ditubuhkan sekitar 2007-2008. Tapi, waktu itu Mila tak tahu pun bahawa Kapten Zaharie adalah seorang juruterbang.

"Kebanyakan kitaorang di dalam kelab peminat itu menggelarkan dia sebagai abang. Sehinggalah, waktu Mila menyambut hari jadi yang ke-23 di Melaka kira-kira 3 tahun yang lepas.

"Masa itu Mila, berpeluang untuk sembang lama dengan abang Zaharie. Masa itu jugaklah Mila tahu yang dia adalah seorang juruterbang MAS," kata Mila kepada murai.com.my.

Sambung Mila lagi, apabila mengetahui tentang kehilangan pesawat #MH370, dia ketika itu berada di Kedah dan perasaan sedih sudah mula menular di dalam dirinya.

"Namun apabila melihat nama-nama krew kabin yang terlibat, hati saya mula rasa makin tak sedap hati. Lebih-lebih lagi ternampak nama Kapten Zaharie bin Ahmad Shah.

"Tapi, sebelum ini saya tidak mengetahui nama lengkapnya. Jadi, saya tidak tahu apakah Kapten Zaharie yang dimaksudkan itu sama seperti dengan abang Zaharie yang saya kenali.

"Saya cuba posting gambar kenangan saya bersama abang Zaharie yang pernah kami ambil bersama satu ketika dulu dan ramai yang mengiyakan bahawa Kapten Zaharie yang saya kenali itu adalah salah seorang juruterbang #MH370.

"Bila saya dapat tahu juruterbang itu adalah abang Zaharie, saya rasa macam terpukul. Saya kemudian cuba untuk hubungi dia melalui telefon bimbit kerana saya mempunyai telefon bimbitnya. Tapi, telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi, " katanya lagi kepada portal Murai.

Jelas Mila lagi, ketika ini dia sentiasa tidak putus-putus mendoakan agar operasi mencari dan menyelamatkan pesawat #MH370 akan ditemui.

"Sekarang ini pun saya asyik mengikuti perkembangan tentang operasi mencari ini di Astro Awani. Tapi setakat ini, tiada apa-apa perkembangan terbaru.

"Saya rasa sangat sedih. Memang saya tiada kaitan dengannya dan bukan ahli keluarganya tetapi, kita selalunya akan rasa sedih bila kita mengenali seseorang itu apatah lagi dia adalah salah seorang daripada peminat saya.

"Ayah saya juga terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia adalah juruterbang yang terlibat dalam pesawat #MH370 kerana ayah saya juga mengenalinya waktu di Melaka dulu.

"Saya juga terkilan kerana waktu kelab peminat ini mengadakan majlis berbuka puasa pada tahun lepas, saya tidak dapat datang. Kali terakhir saya berjumpa dengan abang Zaharie adalah pada 2 tahun yang lepas," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Mila Jirin yang turut membintangi filem Kami Histeria bakal muncul dengan single lagu solo dan duet yang terbaru  tidak lama lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers