Siti Eja, Faezah Elai Terajui Program Bual Bicara Feminin!

Siti Eja, Faezah Elai Terajui Program Bual Bicara Feminin!

Siti Eja, Faezah Elai Terajui Program Bual Bicara Feminin!

Bertujuan mengangkat dimensi kewanitaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah program bual bicara terbaru, Feminin yang bakal bersiaran secara langsung  mulai 6 Januari depan, setiap hari Isnin hingga Khamis; bermula jam 9.30 -10.00 pagi di TV1. 

Diterbitkan Seksyen Ehwal Semasa RTM, bual bicara 30 minit ini menyasarkan penonton terdiri daripada wanita surirumah yang berusia 30 tahun dan ke atas. Padat dengan 3 pengisian utama iaitu perbincangan isu atau topik utama, pakej berita sana-sini ( Segmen Warna) dan pakej tajaan.  

Selain itu, program Feminin ini juga turut memberi ruang serta memperkasakan suara, citra wanita dan isu-isu mengenai kewanitaan. Pengisian utama berkisar kepada perbincangan isu seperti kerjaya, psikologi, ekonomi, kesihatan dan isu rumahtangga serta isu wanita. Setiap topik akan dikupas oleh seorang pakar atau personaliti undangan. 

Selain daripada perbincangan di studio terdapat dua segmen lain yang mewarnai rancangan Feminin.  Segmen Warna akan membawa penonton untuk menyaksikan acara yang berlaku disekitar Lembah Kelang. Segmen tajaan pula akan memperkenalkan produk kecantikan dan kesihatan yang terdapat di pasaran.

Perantara Feminin terdiri daripada personaliti yang popular bergandingan dengan pengacara baru yang berkebolehan iaitu pelakon; Siti Shahrizah (Eja) dan Faezah Elai, Datin Eira Ghani (pakar motivasi), Matilda Raj (perunding imej dan usahawan), Sakinah Al-Mubarakah (jurutera). 

Gabungan pengacara yang berlainan latar belakang ini bakal memartabatkan program, Feminin, Citra Wanita Terkini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers