Shiro Perjelas Isu Lawak Bodoh Depan Menteri & Nafi Digam Rtm

Shiro Perjelas Isu Lawak Bodoh Depan Menteri & Nafi Digam Rtm

Shiro Perjelas Isu Lawak Bodoh Depan Menteri & Nafi Digam Rtm

Kumpulan pelawak Shiro menafikan dakwaan kononnya mereka telah digam pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) berikutan lawak 'bodoh' dalam satu program terbitan stesen televisyen itu.

Dalam laporan mStar Online hari ini, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, mereka tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu malah masih dipanggil untuk mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baru 2014 pada Selasa lalu.

Ajak juga menjelaskan hubungan Shiro dengan RTM setakat ini masih baik dan pihak stesen televisyen tersebut masih memberi kepada mereka muncul dalam pelbagai rancangan.

Ajak berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar mingguan yang mendakwa kumpulan tersebut bakal digam oleh RTM berikutan menyampaikan lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa artis veteran di Konsert Jubli Emas TV Malaysia, baru-baru ini.

Shiro dikatakan terlalu mencuba untuk menarik perhatian menteri tersebut dengan memanggil beliau sebagai bapa mentua setiap kali muncul di pentas.

Tambah Ajak, persembahan yang dilakukan pada malam tersebut hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan di televisyen.

Ajak bagaimanapun akui yang mereka sengaja menyentuh isu bapa mentua kerana mengetahui anak menteri tersebut baru sahaja berkahwin, namun baginya lawak itu tidaklah sampai keterlaluan dan berniat untuk mempersenda-sendakan seperti dikhabarkan

Shiro bagaimanapun meminta maaf jika lawak tersebut ada mengguris hati mana-mana pihak yang menonton persembahan mereka pada malam tersebut.

Tambah Ajak, mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat persembahan terutamanya program yang melibatkan orang kenamaan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers