Mlm 2013: Tiada Penyingkiran Di Minggu Kelapan

Mlm 2013: Tiada Penyingkiran Di Minggu Kelapan

Mlm 2013: Tiada Penyingkiran Di Minggu Kelapan

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kesemua peserta Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) malam tadi berhasil apabila pihak juri mengumumkan tiada penyingkiran pada malam tadi.

Dengan bertemakan `rancangan TV`, kesemua peserta memberikan persembahan terpuji dalam usaha mereka untuk meneruskan cabaran dalam MLM 2013. Meskipun ada satu dua kumpulan yang gagal memberikan persembahan terbaik, ianya boleh dimaafkan kerana ada peningkatan yang ditunjukkan mereka.

Bagaimanapun, ada kejutan apabila peserta `favourite`, Shiro berada dalam kedudukan bahaya sewaktu hos, Dato` AC Mizal mengumumkan tiga peserta di kelompok terbawah dari segi undian.

Selain Shiro, dua lagi peserta yang berada di kedudukan tiga terbawah ialah SYJ dan Wala.

Ketiga-tiga mereka seharusnya boleh menarik nafas lega pada minggu ini kerana tiada penyingkiran dan cabaran harus diteruskan pada minggu hadapan.

Sementara itu, Jep dari kumpulan Sepahtu pula telah dipilih sebagai Man of The Match pada minggu ini.

MLM 2013 minggu kelapan telah bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi, Dato` AC Mizal. Barisan juri tetap seperti biasa terdiri daripada Luna Maya, Datuk Yusof Haslam, Sheikh Haikel dan Nora Danish.

Rancangan ini turut disiarkan di Astro Warna (131) dan Astro Mustika HD (134).

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda dan jangan lupa menyaksikan persaingan MLM 2013 minggu kesembilan pada minggu hadapan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers