Showbiz sasar enam filem tahun depan

Showbiz sasar enam filem tahun depan
Showbiz

Showbiz sasar enam filem tahun depan


SELEPAS berjaya mengutip tayangan memberangsangkan menerusi filem Hantu Kapcai dan Kahwin 5, tahun lalu, Showbiz Productions Sdn Bhd kini menyasarkan untuk menerbitkan sebanyak enam buah filem bagi 2014.

Ketua Operasi Showbiz, Zarina Abdul Rahman berkata, anak syarikat KRU Studios ini akan menerbitkan menerbitkan filem-filem yang lebih komersial, berbeza dengan filem terbitan KRU Studios.

“Fokus penerbitan kami dalam syarikat ini adalah bagi filem yang pembikinannya di bawah nilai RM1.5 juta.

“Kami juga lebih memberi tumpuan kepada penonton yang bukan mahu menonton filem berat seperti Merong Mahawangsa atau Vikingdom,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran tiga filem baharu syarikat tersebut iaitu Hantu Tok Mudim, Ular dan Chikaro.

Menurut Zarina, biarpun filem keluaran Showbiz tidak mengeluarkan bajet yang tinggi, namun pihaknya masih mengutamakan penjagaan kualiti bagi sesebuah filem yang diterbitkan.

Katanya, antara filem yang bakal ditayangkan pada tahun depan adalah filem Mat Tudung.

“Jika dilihat pada statistik penghasilan filem, banyak filem yang dibuat dengan kos tinggi tidak mendapat pulangan atau kutipan yang memberangsangkan.

“Biarpun kami menerbitkan filem dengan bajet yang rendah tetapi pembikinannya masih berkualiti tinggi bagi memenuhi kepuasan penonton,” katanya.

Sementara itu, antara filem Showbiz yang akan menemui penonton pada tahun ini adalah Hantu Tok Mudim pada 21 November ini diikuti Ular (5 Disember 2013) dan Chikaro (26 Disember 2013).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers