Era FM kekal nombor satu

Era FM kekal nombor satu
Era FM

Era FM kekal nombor satu


ASTRO Radio masih mengekalkan kedudukan sebagai radio nombor satu Malaysia dengan lebih 12.2 juta pendengar setiap minggu,  berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2 , 2013 pada minggu ini.

Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahkan bahawa Astro Radio terus mendominasi gelombang radio sekali gus dinobatkan sebagai ‘Raja Radio’ dengan menguasai kedudukan nombor satu untuk radio Era fm,  THR (Raaga & Gegar) di tangga ke 2, dan Sinar FM fm menyusuli di kedudukan nombor tiga.

Walaupun mengalami penurunan dari sudut jangkauan pendengar bagi keseluruhan segmen radio berbahasa Inggeris,  radio- bahasa Inggeris di bawah naungan Astro Radio (hitz.fm, MIX fm dan Lite FM) masih mengekalkan kekuatan tersendiri dengan memperoleh 79 peratus perkongsian dalam pasaran Inggeris.

Manakala, stesen-stesen lain di bawah payung Astro Radio seperti Era fm, hitz.fm, MY FM dan THR Raaga terus menguasai takhta bergelar stesen radio  nombor satu dalam kategori bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Seterusnya, THR Gegar juga turut mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio nombor satu di sekitar Pantai Timur, termasuklah di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sementara itu, hasil kajian tersebut memperlihatkan Astro Radio mengekalkan kedudukan sebagai 3 stesen radio teratas dalam posisi radio di Malaysia termasuklah  Era fm sebagai  radio  nombor satu, THR (Raaga & Gegar) di nombor dua dan Sinar fm di tangga ke tiga. Kedua-dua stesen, Era fm dan THR (Raaga & Gegar) di laporkan mempunyai  peningkatan pendengar  setiap minggu masing-masing dengan jumlah 4.7 juta dan 3.7 juta .

Dalam masa sama, stesen baharu berbahasa Cina di bawah naungan Astro Radio, Melody FM, mengalami peningkatan pendengar sehingga mencatatkan pertumbuhan sebanyak 196 peratus dengan adanya peningkatan pendengar daripada 134,000 kepada 397,000 berbanding keputusan pada Ogos 2012. 

Selain itu, pendengar eksklusif Melody FM juga mengalami peningkatan 219 peratus  dalam masa seminggu pada tempoh sama
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Dr Jake Abdullah, berkata, kejayaan ini juga merupakan hadiah kepada pendengar setia yang tidak henti-henti memberikan sokongan selama lebih 16 tahun.

“Pasaran kini menjadi semakin mencabar dengan adanya penggunaan pelbagai cabang media dan teknologi yang semakin berkembang. Kunci yang ada pada Astro Radio pada hari ini adalah sentiasa meletakkan pendengar kami sebagai teras utama untuk kejayaan kami.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak penaja, syarikat- syarikat pengiklanan dan rakan-rakan kongsi di atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap Astro Radio, " katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers