Zain Saidin dan Rozita Che Wan |
Zain risik Che Ta lagi?
Sejak mengumumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga penghujung tahun ini, pelbagai khabar angin mula bertebaran antaranya mengenai tarikh perkahwinan, tajaan, majlis merisik dan bertunang.
Pernah menafikan banyak perkara sebelum ini termasuk dikatakan bertunang pada sambutan Aidilfitri lalu, sekali lagi, pelakon terkenal Rozita Che Wan dikatakan sudah dirisik oleh keluarga kekasihnya, Zain Saidin.
Bagaimanapun, tatkala diminta mengesahkan perkara itu, Zain segera menafikannya.
"Saya tidak tahu mengenai perkara ini, dari sumber mana yang mengatakan saya telah merisik Che Ta dan majlis pertunangan akan diadakan.
"Kami berdua terkejut mengenai hal ini, serius saya katakan memang kami akan melangsungkan pertunangan tapi bukan dalam masa terdekat ini.
"Bila segalanya telah sedia saya akan umumkan tentang pertunangan kami. Apa yang heboh diperkatakan tentang rombongan merisik adalah tidak benar," katanya.
Menurut Zain, dia berpendapat ada pihak tertentu yang sengaja mengeluarkan khabar angin ini bagi menarik perhatian ramai.
"InsyaAllah, seperti yang dirancang bila segalanya telah bersedia kami berdua akan beritahu kepada semua," katanya yang kecewa mengenai khabar tersebut.
iskandarX: Bila yang sebenar-benarnya akan berlaku? daripada dok kecoh baik segerakan lagi baguihhh dok tunggu apa lagi?
letih dengar kisah dorang ni.. bosan..
ReplyDelete*click mana yang patut.. :)
hehehe itulah macam daboom sangat kan? terima kasih mimie.
Deletesemoga kekal hingga ke jinjang pelamin insyaa allah
ReplyDeleteInsyaallah jika dorang berdua nie bersungguh-sungguh.
Delete