Antara babak dalam cerita Bencinta. |
Bencinta mesej untuk wanita
Kes penderaan rumah tangga, membabitkan wanita bukan perkara baru.
Ia secara tidak langsung memberi dan menggerakkan pengarah, Eyra Rahman untuk menghasilkan sebuah filem yang mengetengahkan isu ini.
Biarpun naskhah sebegini pernah dipertonton kepada umum (kisah penderaan rumah tangga) namun, Eyra membuat sedikit kelainan apabila memaparkan kisah wanita yang tabah berhadapan dengan suami panas baran.
Secara ringkas, Bencinta yang diterajui oleh Farid Kamil dan Nora Danish mengisahkan pasangan baru berkahwin. Namun hubungan mereka menjadi hambar apabila Faizal (Farid Kamil), mula menjalinkan hubungan dengan orang lain lalu bertukar menjadi seorang pendera.
Terperangkap dalam perkahwinan yang merosakkan nilai masyarakat konservatif, Fathia (Nora Danish) melarikan diri ke Langkawi dan cuba meminta perlindungan daripada kawan baiknya (lakonan Qi). Mereka kemudiannya menyedari bahawa masing-masing saling jatuh cinta namun Fathia terpaksa berdepan suaminya.
Selain Farid dan Nora, filem ini turut dibintangi Qi Razali, Fezrul Khan, Zalif Sidek, Uqasha Senrose, Angeline Tan serta pelakon kanak-kanak, Adrianna.
Meskipun kelihatan sama dengan filem Hollywood, Enough lakonan Jennifer Lopez, namun pada pendapat penulis, Eyra berjaya menggarap dan mengolah cerita mengikut caranya sendiri.
Selain jalan cerita mantap, filem ini juga dapat memberi kesedaran terutamanya kepada wanita untuk mencegah masalah penderaan daripada berlaku.
Biarpun mustahil untuk dicontohi (terutamanya dalam aksi lawan) tapi filem ini seakan menyuntik semangat untuk wanita agar lebih kuat ketika berhadapan dengan situasi sama.
Antara babak dalam cerita Bencinta. |
Gandingan mantap Nora dan Farid
Tidak bergantung kepada jalan cerita semata-mata, gandingan Nora dan Farid banyak membantu untuk menghidupkan jalan cerita, termasuk aksi pergaduhan yang tidak nampak di buat-buat.
Selain itu, pujian juga harus diberikan kepada Nora kerana berjaya melakonkan babak aksi sendiri dengan cukup baik. Begitu juga dari segi lontaran emosi seorang isteri yang terpaksa berhadapan dengan seorang lelaki panas baran.
Manakala lakonan Qi juga, biarpun hanya beberapa ketika, namun Qi berjaya menterjemah wataknya dengan cukup baik.
Antara babak dalam cerita Bencinta. |
Keindahan sinematografi
Jika anda pernah menonton karya Eyra, anda pasti sedia maklum mengenai keindahan sinematografi yang dipaparkan dalam filem arahannya seperti Aku Terima Nikahnya.
Pemilihan Pulau Langkawi tentunya membangkitkan mood yang menenangkan sepanjang menonton babak melibatkan Nora dan Qi.
Malah, biarpun babak tersebut hanya melibatkan rumah, gerak kerja kamera dan pencahayaan yang baik banyak membantu Eyra dalam menterjemahkan karyanya dan menghasilkan sebuah naskhah yang berkualiti.
Justeru bagi melihat keseluruhan hasil filem ini, jangan lupa saksikan Bencinta di pawagam berdekatan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.