Penampilan pertama Didie Alias
SEMPENA ketibaan Aidiladha, RTM menyediakan sebuah telemovie khas, Designer DD Naik Haji.
Telemovie arahan Fahmi Sarindi ini mengisahkan seorang pereka fesyen terkenal yang mendapat hidayah untuk menunaikan fardu Haji. Ironinya dia tiada persediaan ilmu, iman dan amalan kerana terlalu sibuk mengejar kemegahan duniawi.
Selain menampilkan Didie Alias sebagai peneraju utama, ia juga dbintangi pelakon semakin meningkat naik seperti Amar Asyraf dan Cha Cha Maembong.
Menariknya, telemovie ini merupakan lakonan pertama pelakon dan pelawak popular itu dengan produksi terbitan RTM.
Menurut Penerbit Eksekutif RTM, Ibrahim Ismail, pihaknya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Didie. Malah katanya, tiada pelakon lain yang sesuai membintangi watak tersebut, melainkan aktres itu.
“Sebelum ini, nama Didie tidak pernah tersenarai untuk berlakon di bawah RTM.
“Mungkin kerana tiada watak sesuai,” katanya pada sidang media telemovie itu, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, pemilihan Didie sebagai pemegang watak utama juga kebetulan yang mana dia lebih dikenali dengan karakter sebagai Lady Gaga Malaysia.
“Kami mencari seorang berkarakter seperti Lady Gaga dan hanya seorang sahaja di Malaysia iaitu Didie dan kami juga menggunakan nama asalnya sebagai tajuk drama ini.
“Alhamdulillah dia terima tawaran ini dan menjayakannya dengan baik,” katanya.
Sementara itu, pengarahnya, Fahmi memberitahu, sebelum ini, dia lebih menjurus kepada drama yang mempunyai isu berat atau kritik sosial dan genre komedi yang dipilih kali ini pastinya memberikan cabaran besar buatnya.
“Drama komedi terakhir saya adalah pada 2007. Jadi, ini adalah cubaan kedua saya selepas itu. Lagipun, bukan mudah untuk membuat orang ketawa,” katanya.
Menurutnya, walaupun telemovie ini berunsur komedi, tetapi ia bukanlah komedi kosong sebaliknya mempunyai makna tersirat.
“Walaupun komedi, biarlah ia jenaka yang berpengajaran dan saya percaya ini adalah naskhah yang cukup baik dari saya. Saya harap penonton menilainya sendiri,” katanya.
Telemovie Designer DD Naik Haji bakal bersiaran pada 15 Oktober ini, jam 10 malam di TV1.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.